Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Di Landasan Lakar Pencapaian Terbaik Dalam Sukan SEA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Di Landasan Lakar Pencapaian Terbaik Dalam Sukan SEA

KUALA LUMPUR – Atlet Malaysia bakal menghadiahkan kejayaan lebih besar daripada jangkaan sebelum ini untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2017 pada Khamis tetapi secemerlang mana hanya akan terjawab sehari sebelum Sukan SEA Ke-29 menutup tirai.

Berbaki dua hari lagi untuk merealisasikan impian mencatatkan pencapaian terbaik dalam Sukan SEA, Malaysia telahpun merangkul pingat emas ke-100, mungkin satu-satunya negara mencatatkan angka seabad dalam temasya kali ini, tatkala mereka memburu sasaran 111 emas, dan lebih banyak kilauan emas dijangka dituai pada hari terakhir acara terjun dan trek berbasikal hari ini.

Juara keirin dunia Malaysia Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom sudah melayakkan diri ke separuh akhir acara pecut individu lelaki, begitu juga Fatehah Mustapa dan Farina Shawati Mohd Adnan ke separuh akhir acara pecut wanita dengan pingat emas akan ditenutukan dalam dua final malam ini.

Dua lagi emas sudah berada dalam genggaman ekoran final perseorangan lelaki dan wanita skuasy pada malam ini hanya membabitkan aksi atlet Malaysia.

Menjelang lewat tengah hari, penyudah mengagumkan dalam acara gimnastik berirama atau gimrama memberikan lima lagi pingat emas kepada Malaysia untuk meningkatkan jumlah pungutan pingat emas kepada 101, meninggalkan Thailand dengan 57, Vietnam 53, Singapuara 48, Indonesia 31, Filipina 23, Myanmar tujuh, Laos dua dan Kemboja satu.

Timor Leste dengan kontinjen paling kecil 50 atlet akhirnya memenangi satu pingat – gangsa menerusi Sonia Martins Soares dalam taekwondo kyorugi bawah 46kg wanita. Dengan itu, tiada daripada 11 negara yang mengambil bahagian akan pulang dengan tangan kosong.

Tatkala temasya bersedia untuk hari yang paling sibuk esok berikutan bakal menawarkan pingat emas terbanyak iaitu 60, ribuan penyokong berbaris panjang di Stadium Shah Alam untuk membeli tiket final bola sepak lelaki antara Malaysia dan Thailand esok malam yang akan bermula 8.45 malam.

Menepati ramalan, gimnas Malaysia mendominasi acara gimrama dengan menyapu bersih semua lapan pingat emas. Koi Sie Yan, Amy Kwan Dict Weng dan Izzah Amzan secara bergilir-gilir mendominasi kesemua empat acara aparatus individu sebelum pasukan negara menamatkan aksi dengan kilauan emas acara aparatus campuran berkumpulan.

Kwan merangkul pingat emas ke-100 negara dalam acara reben selain meraih perak dalam acara gelung manakala Izzah Amzan menduduki tempat pertama acara bola serta turut memenangi perak dalam acara belantan. Koi, yang dinobatkan juara keseluruhan individu, turut meraih emas acara belantan di samping perak dalam acara reben dan bola.

Kwan, 22, yang gembira dengan pencapaiannya itu memberitahu pemberita bahawa dua pingat emas (acara berkumpulan dan aparatus reben) yang dimenanginya amat bermakna dan berharga buat dirinya kerana perlu menunggu beberapa tahun sebelum akhirnya dapat beraksi untuk negara.

“Ini penampilan pertama saya pada Sukan SEA sebagai gimnas senior. Saya terpaksa menarik diri daripada Sukan SEA 2015 akibat kecederaan. Terima kasih banyak-banyak Malaysia, keluarga saya, jurulatih-jurulatih, MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara) yang menyokong saya,” kata pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Glasgow 2014 itu.

Dalam ekuestrian, Colin Syquia daripada Filipina mengekang Malaysia daripada menyapu bersih emas dalam show jumping dengan mengalahkan juara sebelum ini Sharmini Christina Ratnasingham dalam acara individu.

Selain itu, Malaysia sudah sah merangkul emas pertama dalam acara badminton berikutan final perseorangan wanita esok membabitkan pertarungan dua jaguh negara Soniia Cheah dan Goh Jin Wei manakala beregu campuran Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai turut melayakkan diri ke final dan hanya akan tahu lawan masing-masing lewat hari ini. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wWogeI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.