Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inilah gambar terkini Rahim Sepahtu yang berjaya turun saiz dari XXXL ke XL! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inilah gambar terkini Rahim Sepahtu yang berjaya turun saiz dari XXXL ke XL!

SEJAK lima minggu lalu, anggota kumpulan lawak Sepahtu, Rahim giat menjalani program Misi XL Rahim yang dianjurkan oleh stesen radio Sinar FM.

 

 

Inilah gambar terkini Rahim Sepahtu yang berjaya turun saiz dari XXXL ke XL!

Inilah gambar terkini Rahim Sepahtu yang berjaya turun saiz dari XXXL ke XL!

 

Rahim yang juga penyampai radio di stesen berkenaan menerusi segmen Sepahtu Sinar telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 22.5 kilogram dalam masa lima minggu. Wow, mengagumkan!

“Asalnya misi ini hanyalah sekadar gurauan, tapi bila mereka kata dah ada jurulatih kesihatan, saya mula dapat rasakan program ini serius.

“Jadi saya ambil keputusan untuk cuba lagipun program ini hanya berlangsung selama lima minggu dan mereka lebih fokus untuk kurangkan saiz, bukannya berat.

 

“Disebabkan rasa tidak yakin, saya hanya minta untuk kurangkan saiz XXXL kepada XXL namun mereka kata terlalu senang dan tidak mencabar,” katanya dipetik laporan Astro Awani.

Rahim mengakui dia seorang yang malas bersenam, namun digagahkan jua bagi menghargai pihak pengurusan yang telah mendapatkan trainer untuknya.

“Memang berat hati nak mulakan misi ini sebab saya seorang yang paling malas nak bersenam tapi saya nekadkan hati dan kuatkan semangat.

“Alhamdulillah saya sendiri tak sangka berjaya dapatkan saiz XL, pengorbanan dan usaha saya selama ini tidak sia-sia,” ujarnya.

Setelah berjaya menampakkan hasil dari pengamalan gaya hidup sihat yang diamalkan beberapa minggu ini, Rahim menyatakan yang dia akan mempraktikkannya pada masa akan datang dan tidak mensia-siakan ilmu tersebut.

“Bukan senang orang yang dah berumur seperti saya mahu turunkan berat, jadi bila fikir balik takkan saya mahu sia-siakan perkara baik seperti ini.

“Lebih baik teruskan sahaja lagipun ini untuk kebaikan kesihatan saya juga. Ilmu yang diberikan oleh coach Amirul dan Aminah akan saya praktikkan dalam kehidupan harian,” tambahnya.

Misi ini telah dijalankan sejak 24 Julai lalu dengan berat badan Rahim 125 kg dan kini berat badannya telah menurun ke angka 102.9 kg. Ramai juga rakan-rakan artis yang hadir memberikan sokongan kepada Rahim pada finale misinya itu.

 

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

 



Sumber Inilah gambar terkini Rahim Sepahtu yang berjaya turun saiz dari XXXL ke XL!

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vCe4Uj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.