300 Pemain Bakal Sertai Kejohanan Golf Sarawak Amatur Master Terbuka Ke-10
KUCHING: Seramai 300 pemain golf dijangka menyertai Kejohanan Golf Sarawak Amatur Master Terbuka Ke-10 yang akan berlangsung di Kelab Golf Sarawak (KGS) dari 29 September hingga 1 Oktober.
Kejohanan tersebut bakal menyaksikan pemain golf akan merebut Trofi Kejohanan Timbalan Ketua Menteri Yb Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.
Masing yang juga penaung kejohanan tersebut berkata, kejohanan kali ini juga dijangka akan menarik pemain dari Taiwan, Brunei Darussalam, Sabah, dan Semenanjung Malaysia.
Kategori terbuka akan bermula 29 hingga 30 September yang melibatkan 120 pemain golf dengan 36 pemain golf terbaik akan mengharungi pusingan akhir pada 1 Oktober.
Kategori tetamu jemputan juga akan berlangsung pada 1 Oktober.
Hadiah mencecah RM40,000 bakal menjadi rebut pemain kategori terbuka dan tetamu jemputan.
Sementara itu, kejohanan tersebut turut menawarkan hadiah hole-in-one berjumlah RM18,000 untuk direbut merangkumi set Callaway Apex Iron, set Callaway XR Steelhead NSPRO, set Fourteen PC555 Iron dan set Maruman TW Pro with Shimada Iron.
Tambahan untuk hadiah hole-in-one berjumlah RM212,000 turut ditawarkan merangkumi Toyota Fortuner (RM180,800), Harley Davidson Street (RM80,000), Tag Heuer Carrera GMT Granade Date (RM15,050) dan Oris Big Crown Propilot (RM15,900).-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j5DOat
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment