Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Jenis Sukan Paling Mahal Di Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Jenis Sukan Paling Mahal Di Dunia


Sebut je pasal sukan, paling bermakna apabila sukan dapat menyatukan kita semua. Apabila melibatkan Malaysia, semua rakyat bersatu.

Pejam celik, Sukan SEA sudah pun tamat. Jadi, kali ini kami akan kongsikan 5 jenis dan acara sukan paling mahal di dunia. Selalunya yang nombor 2 selalu dapat perhatian.

1. LOMPAT SKI

Sukan ini popular di negara luar seperti Norway yang mempunyai banyak pergunungan salji. Kos peralatan asas yang diperlukan mencecah AS$2,500 (RM 11,071) dan memerlukan khidmat jurulatih yang mahir dan sudah tentu kos bayaran sangat tinggi. Sukan lompat ski ini, memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya AS$100,000 (RM 420,000) setahun.

2. POLO

Anda boleh lihat sendiri sukan ini diminati oleh anak kerabat diraja. Sukan ini mewajibkan atlet memiliki kuda lebih daripada seekor. Sepasang kuda perlu menjalani latihan yang menelan kos kira-kira AS$2,500 (RM11,000) sebulan. Bagi menyertai pertandingan, atlet tersebut perlu membelanjakan AS$3,500 (RM14,000) hingga AS$150,000 (RM640,000).

3. EQUESTRIAN

Sukan Equestrian ini memerlukan kemahiran menunggang serta mengawal kuda. Bagaimanapun, kos diperlukan sangat tinggi merangkumi latihan dan penyelenggaraan kuda. Kos untuk memasuki pertandingan Equestrian peringkat antarabangsa memerlukan kos sekitar AS$200,000 (RM850,000) setahun tidak termasuk harga untuk membeli kuda.

4. FORMULA ONE

Pengarah Eksekutif Mercedes AMG Petronas Formula One Team, Toto Wolff mendedahkan pelumba perlu melalui banyak fasa yang memerlukan kos sangat tinggi sebelum mendapatkan lesen pemandu F1. Kata Wolff, kanak-kanak yang menunjukkan minat perlu beraksi dalam perlumbaan Go Kart terlebih dahulu dan seterusnya beralih kepada perlumbaan F4, F3 dan F2 yang memerlukan perbelanjaan kira-kira RM47.71 juta.

5. PELAYARAN

Tahukah anda bahawa sebuah kapal layar jenis AC72 yang mengambil bahagian dalam acara American Cup memerlukan kos sehingga ratusan juta ringgit termasuk kos penyertaannya dalam perlumbaan yang mengambil masa beberapa bulan.

Sumber: Kosmo via Hanasuva


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xFvrpw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.