Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Saya Tak Tahu Dia Nak Ajak Tidur Bersama’ – Baru Tingkatan 3 Dah Kena Tangkap Khalwat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Saya Tak Tahu Dia Nak Ajak Tidur Bersama’ – Baru Tingkatan 3 Dah Kena Tangkap Khalwat


KUALA TERENGGANU - “Saya tidak tahu dia nak ajak tidur sini, sebab dia janji nak hantar balik rumah,” demikian alasan diberikan seorang pelajar tingkatan tiga selepas ditangkap berkhalwat bersama teman lelakinya yang berusia 17 tahun di sebuah bilik hotel murah, di bandar Besut, Khamis lalu.

Calon ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) itu ditahan selepas bilik hotel yang disewa bersama teman lelakinya yang juga merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kira-kira jam 11.30 malam.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam memberitahu menjadi satu kelaziman pasangan remaja menyewa bilik-bilik hotel murah di sekitar bandar Besut terutama pada malam minggu.

Katanya, siasatan mendapati pelajar perempuan itu sebelum ini dijemput oleh teman lelakinya dari asrama sebelum sama-sama merancang untuk menyewa bilik di hotel terbabit sehingga Sabtu.

“Gadis itu memberitahu kekasihnya yang juga bersekolah di sekolah berhampiran sentiasa menjemputnya balik dari asrama setiap kali ibunya tidak dapat berbuat demikian kerana terpaksa ke Kuala Lumpur.

“Malah, petang tadi (hari kejadian), dia mendakwa teman lelakinya terpaksa mengambilnya di asrama kerana ibunya tiada dan pergi ke Kuala Lumpur kerana ada urusan kerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya lagi, remaja itu mengakui menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya sejak November tahun lalu selepas berkenalan di gerai kuih ibunya, bagaimanapun mendakwa langsung tidak menyangka teman lelakinya itu berani mengajak tidur di bilik hotel terbabit.

“Malah dia mendakwa lelaki itu memang tidak pernah sesekali memaklumkan kepadanya berkaitan perancangan bermalam di situ kerana sebelum ini, teman lelakinya berjanji akan menghantarnya pulang ke rumah.

“Dalam masa sama, gadis itu mengakui memang sebelum ini teman lelakinya pernah menemaninya bermalam di rumah ketika ibunya tiada di rumah,” katanya.

Wan Mohd berkata, kedua-dua remaja itu di bawa ke Pejabat Agama daerah Besut untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana berkhalwat. - Sinar harian


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x0msBZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.