Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maut Lepas 24 Jam Bertarung Nyawa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maut Lepas 24 Jam Bertarung Nyawa


DUNGUN: Selepas hampir 24 jam bertarung nyawa, seorang remaja yang kritikal akibat kemalangan di Kilometer 340.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Paka semalam, meninggal dunia pagi ini.

Syed Ahmad Irfan Fatihi Syed Syahidi, 14, meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10.30 pagi semalam, kereta jenis Nissan XTrail dipandu bapa saudaranya, Syed Ahmad Fazrul Syed Mohammad, 30, dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang, dipercayai terbabas sebelum terbalik di lokasi terbabit.

Akibat kemalangan itu, cermin depan kenderaan terbabit tercampak ke laluan bertentangan.

Sebuah kereta Toyota Vios yang cuba mengelak daripada melanggar cermin berkenaan turut terbabas lalu merempuh pembahagi jalan.

Kemalangan menyebabkan abang mangsa, Syed Ahmad Hakim Hilmi Syed Syahidi, 18, patah tangan kanan manakala adiknya, Syed Ahmad Azfar Safuan Syed Syahidi,13, cedera ringan.

Bapa saudaranya dilaporkan cedera di kepala.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, pemandu Toyota Vios terbabit, Endra Sidek, 37, tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, ketika dihubungi berkata, kereta dinaiki mangsa dikatakan berkonvoi dengan beberapa kenderaan dalam perjalanan dari simpang Tok Ku, Kuala Terengganu untuk ke Melaka sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eOk06V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.