Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masak La Korang… Ragut Siap ‘FBLive’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masak La Korang… Ragut Siap ‘FBLive’


Tindakan dua lelaki meragut telefon pintar pejalan kaki yang sedang ‘FBlive’ dekat Masjid Taman Medan Idaman, Jalan Gombak , Kuala Lumpur, menyebabkan identiti mereka terdedah.

Difahamkan, mangsa dipercayai lelaki warga Arab sedang berjalan ke arah masjid itu untuk menunaikan solat Aidiladha dan merakam suasana sekitarnya secara ‘live’.

Ketika dia sedang merakam video terbabit, muncul dua lelaki menaiki motosikal dan meragut telefon bimbit mangsa yang masih dalam ‘live mode’ sebelum melarikan diri.

Ketika memecut motosikal meninggalkan kawasan itu, seorang daripadanya dipercayai pembonceng berkata sambil menoleh ke belakang: “Kejar ar kalau berani?.”

Beberapa saat kemudian lelaki itu memandang pula ke arah telefon pintar yang diragut dan berkata pula kepada rakannya: “FB niii bodo…Fb ni!”

Sehubungan itu, video ‘live’ di Facebook yang diambil mangsa berjaya merakam wajah suspek berkenaan.

Rakaman video yang berdurasi satu minit 17 saat itu tular di Facebook dengan jumlah tontonan lebih 30,000 sejak ia dimuat naik lewat malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Berdasarkan maklumat awal, identiti mangsa dipercayai lelaki warga Arab. Tapi, sehingga ini masih belum ada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun, kami akan mengesan lelaki bermotosikal yang dirakam telefon pintar itu.

“Kami akan buat semakan sekiranya lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau atau mempunyai kaitan dengan kes ragut yang lain,” katanya. – Harian Metro



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gygYaS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.