Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fazley Dilantik Duta Pelancongan Halal Taiwan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fazley Dilantik Duta Pelancongan Halal Taiwan

Selebriti chef Datuk Fazley Yaakob dilantik sebagai Duta Pelancongan Halal, Taiwan bagi mempromosi aspek pelancongan negara itu.

Fazley, 39, berkata, pelantikan tersebut juga bertujuan menepis perasaan kurang yakin dan keraguan pelancong Malaysia untuk datang ke Taiwan.

“Masih ramai yang tidak tahu bahawa ibu kota Taiwan, Taipei sebenarnya menyediakan banyak kemudahan untuk orang Islam terutama makanan halal, hotel yang menunjukkan arah kiblat serta penyediaan sejadah dan tandas awam bersesuaian kegunaan kita.

“Tidak hanya itu, puluhan brosur disediakan sebagai panduan untuk mencari restoran atau kafe halal di sana,” ujarnya.

Fazley ditemui pada majlis perlantikannya sebagai Duta Pelancongan Halal Ke Taiwan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Taipei di sini.

Sementara itu, Fazley berkata, pelantikan itu bermula secara lisan beberapa bulan lalu apabila dia terlibat beberapa kali dalam program anjuran Biro Pelancongan Taiwan.

“Saya telah memenangi pertandingan masakan itu sehingga mendapat liputan menyeluruh daripada pihak media Taiwan, Jepun dan China.

“Sejak itu, saya sering mendapat undangan bagi mempromosikan Taiwan termasuk di Kuala Lumpur sehingga mereka melantik saya sebagai duta pelancongan halal,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fazley berharap pelantikan tersebut dapat mendedahan lebih luas kepada masyarakat Malaysia yang ingin melancong ke Taiwan.

“Para peminat boleh bertanya terus kepada saya di semua medium laman sosial Instagram, Facebook atau Twitter (@fazleyyaakob).

Tidak perlu berasa malu atau segan. Insya-Allah, saya cuba menjawab setiap pertanyaan anda. Sebagai duta, saya ibarat tour guide kepada ramai pelancong,” ujarnya.

The post Fazley Dilantik Duta Pelancongan Halal Taiwan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x0D6By

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.