Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cip Pemprosesan Kirin 970 Kini Rasmi – Rekaan 10nm Dengan Integrasi NPU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cip Pemprosesan Kirin 970 Kini Rasmi – Rekaan 10nm Dengan Integrasi NPU

Huawei hari ini akhirnya telah memperkenalkan cip pemprosesan berkuasa tinggi terbaru daripada mereka, iaitu HiSilicon Kirin 970. Cip Kirin 970 ini akan digunakan pada telefon pintar Huawei Mate 10 akan datang yang dijangka diperkenalkan pada bulan Oktober ini.

Kirin 970 menggunakan rekaan 10nm, yang mana sekaligus menawarkan kuasa pemprosesan yang lebih baik dan penggunaan tenaga bateri lebih efisyen berbanding sebelumnya.

Huawei turut menekankan yang mana cip Kirin 970 merupakan yang pertama menguntegrasikan sokongan NPU (Unit Pemprosesan Neural) untuk tujuan perkomputeran kecerdasan buatan – sekaligus menawarkan kuasa pemprosesan 25 kali lebih baik, serta penggunaan tenaga lebih efisyen sehingga 50 kali ganda.

Kirin

Kirin 970 dengan rekaan 10nm ini menawarkan cip lapan teras, mengabungkan penggunaan cip Cortex-A73 2.4GHz dan juga Cortex-A53 1.8GHz. Melengkapkan ia juga adalah sokongan GPU ARM Mali-G72, serta sokongan Dual ISP untuk rakaman gambar lebih baik. Kirin 970 juga turut menawarkan sokongan modem 4.5G padanya yang menawarkan sokongan muat-turun sehingga 1.2Gbps.

Dengan fokus terhadap arena kecerdasan buatan, cip ini dijangka memberikan kelebihan kepada Huawei berbanding beberapa cip lain di pasaran.

Seperti biasa, kita akan dapat melihat kuasa penuh cip pemprosesan ini apabila ia diperkenalkan bersama Huawei Mate 10 pada bulan Oktober kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2exPaCP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.