Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Menarik Di Sebalik Lontar Jamrah,Lontar Batu Pada Iblis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Menarik Di Sebalik Lontar Jamrah,Lontar Batu Pada Iblis

Loading…
Kisah Menarik Di Sebalik Lontar Jamrah,Lontar Batu Pada Iblis
Suatu ketika pada zaman Nabi Allah  Ibrahim A.S bertarikh 8 Zulhijjah Allah telah memberikan suatu mimpi dan amanah untuk di laksanakan Nabi Allah Ibrahim.
Allah telah memberikan arahan ini melalui mimpi. Mimpi tersebut memberi petunjuk kepada Nabi Ibrahim bahawa allah telah mengarahkan Nabi Allah Ibrahim untuk menyembelih anaknya  Nabi Allah Ismail. Suatu mimpi yang sangat berat yang di terima oleh Nabi Allah Ibrahim A.S.



Umum kita mengetahui bahawa Nabi  Allah Ibrahim berkahwin dengan Saidatina Siti Sarah, sudah lama berkahwin  Allah telah memberikan ujian kepadanya pasangan ini dengan Allah tidak memberikan mereka ini zuriat.Setelah sekian lama, Nabi Allah Ibrahim ini telah di berikan tawaran oleh isterinya untuk bernikah dengan isteri kedua. Saidatina Siti Sarah isteri kepada Nabi Allah Ibrahim ini telah menawarkan hambanya untuk di merdekakan dengan mengahwini tuan rumah. Lalu hasrat isterinya di penuhi oleh Nabi Ibrahim untuk di nikahi. Itulah Saidatina Siti Hajar.

Di ringkaskan, Di dalam Nabi Allah Ibrahim sangat teringin untuk mempunyai zuriat setelah lama Allah Uji Nabi Ibrahim dengan Saidatina Siti Sarah. Kemudian allah berikan Nabi Ismail di dalam kandungan Siti  Hajar. Cinta Nabi Allah Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail sangat tinggi. Maklumlah itu anak yang Nabi Allah Ibrahim ada yang sangat di sayangi pada waktu itu. Sehingga terkadang cemburu Saidatina Siti Sarah terhadap Siti Hajar kerana mampu memberikan zuriat kepada Nabi Allah Ibrahim.



Allah menguji Nabi Allah Ibrahim ini dengan Allah memerintahkan Nabi Allah Ibrahim untuk menyembelihkan anak kesayanganya. Wahyu ini telah turun awal sedikit iaitu pada 8 Zulhijjah. Pada awalnya Nabi Allah Ibrahim merasa sangsi khuatir itu adalah sebahagian daripada mimpi yang di ganggu oleh syaitan atau sebagainya. Pada hari tersebut, Nabi Allah Ibrahim tidak dapat memastikan adakah itu merupakan arahan sebenar atau mainan  syaitan.


Pada keesokkan harinya, Nabi Allah Ibrahim telah mendapat petunjuk yang sama. Maka yakinlah Nabi Ibrahim bahawa sesungguhnya Nabi Ibrahim di amanahkan oleh allah untuk menyembelih anaknya Nabi Allah Ismail. Lalu arahan ini di sambut dengan amanah dan tanggungjawab oleh Nabi Allah Ibrahim A.S. Nabi Allah Ibrahim dengan penuh rasa hiba dengan berita ini pada waktu itu, bertemu  dengan Nabi Allah Ismail dan memberitahu akan hal itu kepadanya. Lalu Nabi Allah Ismail menyebut kepada Nabi Allah Ibrahim “Aku hidup di berikan oleh allah,kurnia yang apa yang aku perolehi ini  datang daripadanya, sekiranya itulah arahanya, itulah amanahnya. maka jalankanlah pulangkanlah aku kepada tuhanku.”

begitulah begitu hebat jawapan yang diberikan Nabi Ismail kepada ayahnya. Sentiasa menyerah diri kepada allah. Sentiasa bersedia untuk mentaati perintah allah. Sentiasa bersedia untuk memberikan ketaatan terhadap perintah allah.



Pada ke esokkan hari, Nabi Allah Ibrahim A.S mempersiapkan anaknya Nabi Allah Ismail dengan begitu hensem sekali. Di sikat rambut dengan kemas dan tersusun rapi. Baju yang di pakai Nabi Allah Ismail pada hari itu, baju yang paling cantik yang dimiliki. Nabi Allah Ismail bergitu riang dan gembira, melompat-lompat keriangan.

Di sana itulah iblis cuba untuk mengacau perancangan ini, iblis melihat kelibat Nabi Ibrahim yang sudah keluar rumah untuk mendapatkan Nabi Ismail A.S. Iblis telah bertukar di dalam bentuk manusia. Lalu iblis mencari sasaran yang hendak di tuju. Iblis mengetahui untuk menggoda Nabi Ibrahim untuk mengikut apa yang di ingini iblis bagi melanggar perintah allah di tolak mudah oleh nabi ibrahim akan pujukan syaitan.

Maka iblis telah mengetuk pintu dan bertemu dengan Saidatina Siti Hajar untuk cuba mengapi-apikan dan memberi tahu kepada Saidatina Siti Hajar akan hal yang akan dilakukan oleh Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail. Iblis mengharapkan Saidatina Siti Hajar inilah yang akan menghalang Nabi Ibrahim daripada mengikut perintah allah. ” kamu tahu atau tidak suami (nabi ibrahim) kamu hendak membawa kemana anakmu (nabi ismail)?” jawab Saidatina Siti Hajar “aku tidak tahu”.

Lalu iblis memberitahu ” suamimu (nabi ibrahim as) membawa anakmu  (nabi ismail) untuk di sembelih”. “sapa yang menyuruh dia (Nabi Ibrahim) untuk meyembelih anak ku (Nabi Ismail) ujar Saidatina Siti Hajar. Lalu iblis menjawab “Tuhannya”. Saidatina Siti Hajar pun berkata ” andai kata allah memberikan arahan agar di sembelihkan ibu( Saidatina Siti Sarah) pon saya  tidak ada masalah. andai aku mempunyai anak lagi akan aku berikan anak yang lain sama untuk menjalani perintah yang allah berikan.”. 

Begitu hebat seorang ibu yang hanya hidup untuk menjalankan perintah allah semata-mata. Tidak kesah akan perihal yang berlaku ke atas dirinya, keluarganya, anak-anaknya asalkan untuk menjalani perintah yang allah berikan. Inilah ibu-ibu yang kita mahukan pada masa sekarang ini meletakkan anak di dalam perjuangan menegakkan islam apa jua caranya sekalipun.

Iblis yang gagal menggoda Saidatina Siti Hajar, segera merancang langkah yang seterusnya. Iblis bergerak mencari Nabi Ismail A.S dan cuba meragukan keputusan yang dilakukan oleh Nabi Ismail A.S.” Betulkah kamu benar-benar hendak menjadikan diri kamu korban oleh ayahmu (Nabi Ibrahim)?” tanpa membuang masa Nabi Ismail yang ketika itu menyedari itu adalah iblis yang datang kepadanya dengan hasutan yang sebegitu. Nabi Ismail mengambil batu sebanyak 3 biji dan di balingkan tepat kepada iblis terbabit.Maka butalah iblis itu.



Tempat Nabi Ismail membaling batu kepada Iblis, itu lah tempat yang kita membuat Lontar Jamrah sewaktu haji kini. Mudah-mudahan cerita ini memberikan sedikit imput yang berguna kepada semua pembaca.

The post Kisah Menarik Di Sebalik Lontar Jamrah,Lontar Batu Pada Iblis appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gzSIVy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.