Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Tuduhan Itu Amat Berat’ – Kementerian Kesihatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Tuduhan Itu Amat Berat’ – Kementerian Kesihatan


KLUANG: Kementerian Kesihatan akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan Singapura sebagai tanda tidak puas hati dan kesal susulan tindakan sebuah portal berita republik itu memfitnah perkhidmatan kesihatan dan kakitangan perubatan negara ini, kelmarin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramanian, berkata perbincangan diadakan dengan Kementerian Luar bagi merangka draf dan menghantar surat rasmi berkenaan dalam tempoh terdekat.

Katanya, kementerian menyelar tindakan tidak bertanggungjawab portal berita itu yang menyiarkan berita tanpa memeriksa kesahihan fakta sehingga mendatangkan impak negatif serta tohmahan kepada seluruh warga perkhidmatan kesihatan dan kakitangan perubatan awam Malaysia.

“Dakwaan kononnya ambulans hospital lambat tiba tidak benar kerana pemeriksaan rekod log berkomputer dibuat dari tempat panggilan kecemasan, tiba di lokasi dan kembali semula ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

“Tuduhan kononnya kakitangan enggan memberi rawatan jika bayaran tidak dibuat juga tidak berasas kerana rawatan kecemasan segera sudah diberi kepada mangsa sebelum ketibaan waris dan keluarga dari Singapura.

“Semua tuduhan ini amat berat sedangkan Kementerian Kesihatan mempunyai prinsip nyawa manusia adalah keutamaan berbanding perkara lain.

“Perkara sudah terlanjur. Ia bukan saja membawa impak negatif kepada kami tetapi juga merendahkan moral dan motivasi kakitangan kesihatan awam yang bekerja keras dan berdedikasi bagi menyelamatkan nyawa.

“Surat berkenaan akan diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia secepat mungkin. Kita akan menunggu maklum balas Singapura dan pada masa sama berbincang dengan peguam kementerian bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas peletakan batu asas bangunan baru SJK (T) Ladang Nyior, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan.

Kementerian Kesihatan sebelum ini diminta menimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal berita Singapura yang menyiarkan artikel tidak berasas mengenai kematian seorang rakyat negara itu di sini, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, dilaporkan berkata, berita terbabit disiarkan tanpa fakta benar dan memberi tekanan terhadap motivasi warga kerja Jabatan Kesihatan negeri. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wsK7tz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.