Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Ada orang mesej minta gambar alat sulit saya. Gila ke apa, melampau” – Aedy Ashraf - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Ada orang mesej minta gambar alat sulit saya. Gila ke apa, melampau” – Aedy Ashraf

PELAKON Aedy Ashraf mendedahkan ada peminat tanpa segan silu meminta foto kemaluannya di laman sosial.

Bagaimanapun, Aedy atau nama sebenar Mohammed Addy Ashraf Rosmadi, 24, memberitahu dia tidak mempedulikan permintaan tidak masuk akal peminat tersebut.

“Ada orang yang saya tidak kenali berani menghantar mesej peribadi di Instagram meminta gambar alat sulit saya.

“Gila ke apa, permintaan melampau macam tu memang saya tak layan,” katanya kepada mStar Online.

Aedy menjelaskan niatnya memuat naik foto tidak berbaju di laman Instagram bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau bersikap riyak.

Sebaliknya, dia mahu memberi inspirasi kepada remaja lain agar tidak berputus asa mendapatkan bentuk tubuh idaman.

“Bukan senang nak buat badan macam ini, memerlukan usaha dan semangat yang berterusan.

“Setiap apa yang kita lakukan, mesti mahu lihat hasilnya, jadi apa yang dipaparkan di laman sosial adalah diri saya yang sebenar.

“Dalam masa sama, saya harap dapat memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk berusaha mendapatkan bentuk tubuh idaman,” katanya.

Sementara itu, Aedy memaklumkan imejnya berambut panjang adalah untuk ‘lari’ daripada karakter kanak-kanak yang sudah sinonim dengan dirinya.

Ujarnya, ada sesetengah penonton yang masih terbawa-bawa dengan karakter lakonannya dahulu.

“Saya simpan rambut panjang kerana tak mahu kekal dengan watak kanak-kanak, bosanlah orang asik kaitkan dengan zaman itu.

“Kalau boleh saya mahu watak yang lebih dewasa dan apabila berambut panjang begini boleh buat saya nampak lebih matang,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber “Ada orang mesej minta gambar alat sulit saya. Gila ke apa, melampau” – Aedy Ashraf

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fR1JGu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.