Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan bercadang perkenal TVET kepada pelajar tahfiz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan bercadang perkenal TVET kepada pelajar tahfiz

SHAH ALAM: Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) kepada pelajar tahfiz di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, cadangan itu bagi memberikan kemahiran tambahan kepada pelajar berkenaan.

"Kita juga bercadang untuk memperkenalkan TVET kepada pelajar-pelajar tahfiz sebagai tambahan kepada kebolehan mereka nanti menghafal Al-Quran dan juga mempunyai kemahiran dalam bidang TVET ini," katanya semasa berucap melancarkan TVET Malaysia di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini hari ini.

Jelas Perdana Menteri, TVET Malaysia dijenamakan semula daripada nama asalnya, Institusi TVET.

Melalui inisiatif itu, kesemua institusi TVET di bawah pelbagai kementerian bergabung tenaga sebagai kolaborasi unggul bagi melatih anak muda menjadi tenaga kerja teknikal yang berkemahiran tinggi.

"Oleh itu, penjenamaan TVET Malaysia ini boleh dilihat sebagai satu usaha bagi memantapkan koloborasi di antara semua pihak berkepentingan dalam bidang TVET di semua peringkat, di samping dapat mempromosi TVET sebagai pendidikan pilihan dan kerjaya masa depan yang lumayan dan mempunyai potensi yang tinggi.

"Apa yang penting, kempen TVET Malaysia ini perlulah dijadikan sebagai usaha berterusan bagi menarik minat rakyat Malaysia agar memilih TVET sebagai bidang pilihan utama dalam landasan kerjaya," ujar beliau.

Pada masa sama, penjenamaan semula TVET mampu mengubah dan memperbetulkan persepsi negatif masyarakat yang sering bertanggapan ia merupakan pilihan kedua atau yang terakhir serta hanya diceburi mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang baik.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, dalam usaha mencapai matlamat sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, kerajaan komited dalam menganjak sekurang-kurangnya lima lonjakan transformasi TVET.

Ia termasuk melantik dan meningkatkan tenaga mahir tempatan secara berterusan agar mereka menjadi kompetitif, berpeluang memiliki pekerjaan dan pendapatan yang lumayan serta menikmati taraf hidup yang lebih baik.

Selain itu, kerjasama strategik Public-Private Partnership antara TVET Awam serta pihak industri akan diperhebatkan bagi membangunkan tenaga kerja berkemahiran.

"Malah, bagi lulusan bidang TVET, peluang kerjaya sebenarnya tidak hanya terhad untuk bekerja di dalam industri, malahan, lulusan TVET juga boleh menceburi bidang perniagaan, khususnya technopreneurship atau menjadi usahawan tekno dalam bidang teknikal," katanya lagi.

Tambahnya, dalam Bajet 2017, kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta Geran Padanan bagi melaksanakan program-program TVET berimpak tinggi.



Sumber Kerajaan bercadang perkenal TVET kepada pelajar tahfiz

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xKXZAj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.