Asyik berselfie sampai tak sedar kawan tengah lemas kat belakang
KETIKA sekumpulan remaja sibuk bergaya swafoto di sebiah kolam di Bangalore, India, seorang rakan mereka lemas tanpa disedari mereka.
Dalam kejadian Ahad lalu, kumpulan kadet dari Kolej Kebangsaan di Bangalore itu mandi di sebuah kolam berhampiran kuil pada waktu rehat ketika menyertai lawatan.
Menurut portal berita India, termasuk India Today dan NDTV, Mereka kemudian berkumpul untuk swafoto namun tidak menyedari rakan, G Vishwas, 17, mengalami kesukaran di belakang sehingga lemas dan detik akhir sebelum mangsa lemas terakam dalam gambar mereka.
Kumpulan pelajar itu kemudian meninggalkan kolam itu tanpa menyedari mangsa tiada bersama mereka.
Keluarga mangsa yang berang dengan kejadian itu mengadakan protes di luar kolej mendakwa guru yang ditugaskan menjaga kumpulan berkenaan cuai.
Bagaimanapun, kumpulan pelajar itu dikatakan tidak mengendahkan papan tanda melarang orang ramai berenang di kolam berkenaan.
Pihak pengurusan kolej berjanji menyiasat kejadian itu selain mengambil tindakan disiplin terhadap kakitangannya jika didapati bersalah.
Rakan Vishwas, A Sumanth A berkata, mereka hanya menyedari mangsa tiada selepas tiba di kuil bertemu pelajar lain.
“Pada masa sama, seorang rakan menyemak gambar swafoto yang diambil tadi dan baru menyedari Vishwas,” katanya.
Mereka memaklumkan guru, namun ketika itu sudah sejam berlalu dan Vishwas gagal dikesan sehinggalah mayatya ditemui pasukan pencari.
Sumber: Harian Metro
Sumber Asyik berselfie sampai tak sedar kawan tengah lemas kat belakang
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yG3VbL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment