Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suhakam ingatkan k'jaan jangan menuju ke arah ekstremisme - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suhakam ingatkan k'jaan jangan menuju ke arah ekstremisme

27/9/17

 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengingatkan kerajaan supaya tidak "menuju ke arah ekstremisme agama" susulan penahanan wartawan Turki, Mustafa Akyol.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail menyifatkan penahanan Mustafa oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebagai tindakan "sewenang-wenangnya" dan "melampau".
Beliau berkata insiden itu telah menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara sederhana.

Beliau memberi amaran bahawa "tindakan melampau" di Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama adalah "menindas, tidak demokratik dan bertujuan untuk menakut-nakutkan".

Menurut Razali, hal itu boleh mendorong sesebuah kumpulan berusaha memecah-belahkan masyarakat dengan memaksa kepercayaan agama mereka terhadap orang lain.

"Suhakam dengan tegas menasihati kerajaan menangani ekstremisme agama dan bimbang jika keadaan seperti itu berterusan, Malaysia akan berubah kepada yang lebih buruk," katanya.

Mustafa  ditahan di lapangan terbang antara bangsa KLIA malam kelmarin.
Menurut Pengarah JAWI Abdul Aziz Jusoh, beliau ditahan kerana gagal hadir ke mahkamah untuk membantu siasatan atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.
Malaysiakini


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hwT8MS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.