Hi! Welcome Back and Stay Tune! Afdlin Shauki, Aliff Syukri Dapat Pangkat Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Afdlin Shauki, Aliff Syukri Dapat Pangkat Baru

Tahniah diucapkan buat jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri dan pelakon, Afdlin Shauki kerana telah dianugerahkan pangkat baru sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang sebentar tadi.

Afdlin Shauki yang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk menyifatkan gelaran yang diterimanya itu sebagai pendorong semangatnya untuk lebih aktif untuk membuat kerja amal.

“Namun begitu, penghargaan ini tidak boleh dilihat dari sudut anak seni semata-mata, ada bidang lain yang juga diberi perhatian seperti kerja amal. Saya melihat gelaran ini datang dengan tanggungjawab yang cukup besar supaya kemuliaannya dipelihara,” ujarnya di Istana Abu Bakar.

Malah, Afdlin turut menerima jutaan tahniah di ruangan komen Instagram milknya termasuk daripada rakan artis, antaranya Datuk Eizlan Yusof, Datuk Hans Isaac dan Liyana Jasmay.

Sementara itu, Aliff yang menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri berkata gelaran itu adalah pencapaian yang tidak pernah dijangkakan olehnya.

Buat pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn.Bhd, gelaran itu sangat bermakna baginya kerana beliau sendiri adalah anak Pahang, Kuala Lipis.

“Saya memang amat terharu apabila diberikan anugerah ini pada usia 30 tahun. Ini akan menjadi salah satu peristiwa yang tidak mungkin saya lupakan, saya harap anugerah ini akan menjadikan saya lebih murah rezeki dan dikurniakan kebahagiaan,” katanya.

Perkongsian Aliff di Instagram itu juga telah menerima lebih daripada 17,000 likes. Rata-rata pengikutnya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada usahawan itu.

The post Afdlin Shauki, Aliff Syukri Dapat Pangkat Baru appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hzim9Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.