Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapa buat laporan polis bela anak’bertuah’, jiran pula dedah remaja pukul ibu diabai mak ayah sendiri dan terpaksa usaha sendiri cari belanja sekolah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapa buat laporan polis bela anak’bertuah’, jiran pula dedah remaja pukul ibu diabai mak ayah sendiri dan terpaksa usaha sendiri cari belanja sekolah

Bapa Buat Laporan Polis, Bela Anak 'Bertuah'

SATU rakaman video menyayat hati yang memaparkan seorang remaja lelaki bertindak kasar terhadap ibunya tular semalam sehingga mencetuskan kemarahan di hati orang ramai.

Dalam video tersebut, remaja terbabit dilihat bertindak melampau dengan memukul ibunya beberapa kali ekoran wanita itu gagal memenuhi permintaannya.

Baca artikel sebelum: Video: “Viralkan dan cari budak ini” – Remaja 16 tahun berspender biru belasah ibu sendiri kerana tak diberi wang

Walaupun dikecam hebat oleh masyarakat sehinggakan ada yang menyatakan hasrat mahu memukul remaja itu, anehnya ibu bapanya pula mempertahankan tindakan biadap anak lelakinya itu.

Menurut ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, bapa kepada pelajar tersebut telah tampil membuat laporan polis.

Laporan itu dibuat berikutan rasa bimbang akan keselamatan diri serta ahli keluarganya selepas rakaman berkenaan tular dan mendapat kecaman teruk di laman sosial.

“Pengadu berusia 39 tahun memberikan video terbabit kepada guru sekolah anaknya dengan niat agar guru berkenaan menasihati anak pengadu itu.

“Kemudian pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara bertanyakan mengenai video terbabit selepas ia tular di Facebook dan dikecam banyak pihak,” katanya memetik Harian Metro.

Jelasnya lagi, pengadu dan isteri dikatakan tidak mahu mengambil sebarang tindakan susulan terhadap anak ‘bertuah’ itu.

Ibu remaja itu pula, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius kerana hanya dipukul menggunakan tangan sahaja.

Sementara itu, terdapat juga seorang pengguna aplikasi wechat yang dikenali sebagai ManChai dilihat turut sama membela remaja berkenaan dengan mengatakan dia memahami mengapa remaja itu bertindak sebegitu.

Kata ManChai lagi, keluarga remaja lelaki itu merupakan jirannya dan dia tahu remaja itu diabaikan oleh ahli keluarganya sendiri sehingga terpaksa mengutip kotak dan bahan-bahan terbuang semata-mata mahu mencari duit poketnya sendiri.

“Mak bapak sendiri abaikan anak, bila anak memberontak salahkan pula anak,”tegas ManChai lagi.

Namun, perkara tersebut masih mendapat kecaman hebat daripada netizen di media sosial di mana rata-rata antara mereka menempelak tindakan itu.

Jika benar sekali pun remaja berkenaan mengutip kotak untuk sara diri tetapi tidak bermakna boleh menjadi alasan untuk dia melakukan tindakan seperti itu.

Bukankah syurga seorang anak itu terletak di bawah telapak kaki seorang ibu?

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Bapa buat laporan polis bela anak’bertuah’, jiran pula dedah remaja pukul ibu diabai mak ayah sendiri dan terpaksa usaha sendiri cari belanja sekolah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hzjwlR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.