Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sesal belanja besar kahwin sehingga RM150K - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sesal belanja besar kahwin sehingga RM150K

Tak sangka pula ramai baca confession saya yang post haritu. Haha. Byk soalan2 yang diajukan dan kritikan pun ade. Takpa saya terima sebab niat saya jujur nak share utk pasangan2 yang bakal berkahwin. Maklumlah keadaan ekonomi negara tak berapa elok, rasa sayang kat warga Malaysia lain saya share rasa sesal berbelanja lebih 7 tahun lalu.

Recap semula. Dulu family saya ada berbelanja RM150K++ utk double wedding. Itupun anggaran saya utk pihak family saya je. Yang belah lelaki dan pasangan adik saya tu tak termasuk. Ingat, jangan tiru macam saya. Bagitau awal2 ni.

Sebenarnya, mcm saya kata dlm confession dulu bila dah kita set “benchmark” ramai sedara mara cuba meniru. Tu yang sesal lagi (kene panjang senarai sesal saya ni..). Anyway. Saya tak kesah actually.. boleh je meniru mampu tapi saya jujur cakap tak semampu parents saya. Saya kenal sepupu saya tu rasa kasihan pula parents mereka membazir sdgkan ade yg perlukan belanja utk bersekolah dsb. Adoi.

Lepas tu saya dapat anak istimewa perlu berbelanja besar RM3K sebulan.. belum bersekolah khas. Kompeni bayar buat masa ni tapi bukan untuk selama2nya. Utk setahun stgh lagi insya Allah. So sebagai parent mestila sesal.. kalau dapat save sikit pun dulu kan untung anak kita? Nak minta parents dah malu so terpaksa la doublekan effort bekerja untuk anak (dan memang saya jenis workaholic bertambah la lagi haha). So memang sesal. Jangan risau saya tak membazir macam masa muda dulu2.

Tu summary confession yang dulu. Nak tahu detail scroll bawah tu ye.

OK tujuan saya buat part 2 ni nak menjawab soalan2 sesetgh pihak yang bertanye lebih detail dan ingin tahu. Ade juga pengkritik takpa saya cuba jawab soalan dan anggapan mereka.

1. Kenapa berbelanja besar sampai RM150K?

Sebenarnya memang asalnya saya minta wedding kecik. Tapi proses jadi out of control terus buat kat kelab golf ternama jugakla. From invitation list 200 membesar sampai 800. Ni kes honest sebab saya biarkan parents control planning wedding. Biarpun majoriti duit mereka patutnya saya stopkan mereka. Hm takpelah dah lepas. Jujur ye saya kata family saya dari awal tiada niat riak takbur. Cuma terikut trend buat kat kelab golf.

Lesson no 1: Be in control of your wedding budget. Jangan follow trend wpon mampu. Buatlah sedang2 sederhana pun cukup. Wedding hotel kat kelab golf sume ni yang “sit down” boleh cecah hampir 150 sekepala. So kalau dah RSVP wedding mcm ni janganla ponteng ye. Kesian membazir (wpon bukan duit kita).

2. Ape yang mahal sangat sampai RM150K++? Mahal sampai bole beli rumah sbiji!

Ha ah kan, mmg membazir kan. Kalau dapat rumah tu bole ade sewa kan? Ape bole buat duit tu pun dah masuk perut tetamu2 hehehe. OK nak cerita ye ape breakdownnya. Rata2 kos makanan kat kelab golf tu. Kos lain2 tu market rate biasa. Tak guna wedding planner pun. Kru bertugas semua sedara-mara dan kawan2. Hantaran dulang je banyak 11 balas 9.. tengok pun pening kan. Hahaha. Again tegah ke mak mentua sebab takde manisan tambah dulang last minit. So saya pun bayar sendiri utk dulang tambahan tu. Adei. Photographer.. videographer etc semua saya bayar. Parents cover makanan/kelab.

Lesson no. 2: Jangan tegah kat orang even bakal mentua kalau boleh. tolak request secara baik. Tepuk dada tanye bajet sendiri ya.

3. Anak orang kaya ke sampai byk benar belanja? Tak masuk TV pun? (statement paling lucu tapi saya gelak juga)

Memang adala berada juga parents tapi takdela sampai 7 keturunan makan tak habis. Kalau baca confession yang lama tu, kan saya kata kalau anda orang kaya 7 keturunan harta tak habis terserah nak berbelanja besar. Kalau byk yang makan tu anak2 yatim lebih baik, kan? Masa tu tak terfikir nak salurkan juga ke anak2 yatim. Takpa saya sendiri dah kaya (sekarang makan gaji tanpa bantuan ibu bapa sebab nak berdikari) satu hari nanti saya cuba juga buat yang ini. Buat masa ni adela time bulan puasa menolong anak yatim sikit2.

Lesson no. 3: Tak semua wedding mahal masuk TV kawin. Ade yang lebih mahal saya pernah pergi tak masuk pun. Takpela hak mereka..Kalau kita RSVP dtg tau. Macam lesson no 1. Wpon dia kaya raya takpela kita doa baik2 je.

4. Kenapa baru sesal? Confession lama tu macam tak sesal je.

Sesal mmg dalam hati dan kat sini la. Takkan nak advertise satu dunia kan? Masa muda saya x fikir panjang. Bila ada anak tambah lagi anak special saya banyak berubah..Hidayah Allah datang lain2 masa untuk kita. Alhamdulilah lebih baik skrg dr dulu. Cuma saya takmau buat cerita air mata sedih sini sebabtu tulis dgn nada kelakar2 sikit. Anak saya serious OKUnya so takpelah cerita untuk hari lain ye. Pernah saya tulis kat FB byk yang menangis. Sebelum saya dapat anak special OKU tu sekadar nama. Bila dah laluinya Masya Allah saya respek parents anak OKU yang lebih parah dr anak saya. Penat sabar dan jenuh menjaga Allah je tahu.

Lesson 4: Kadang2 kita akan bertambah matang dgn umur dan pengalaman. So dgrlah kata orang tua or bijak bila menasihat kita sebab mungkin kita kurang pengalaman lagi. Kurang makan garam. Kadang kita juga tak faham nasib orang lain so lebih baik kenali dulu.

5. Betul ke RM150K belanja wedding? Tak percaya.

Terserah tapi kalau anda ramai kawan anak orang kaya memang gitula..Kalau family saya dulu terpengaruh lebih teruk sampai riak agaknya lagi terikut2. Nauzubillah minta jauh.

Lesson no 5: Refer to lesson no. 3. Samaja pengajarannya.

6. Baju beribu raban tu boleh buat sewa dari mereput dalam almari.

Bagus idea ni saya suka. Saya ade tempah 5 pasang baju (baju tunang skali) Err jangan terkejut. Hampir 7 ribu. Berbaloi? Tak langsung. Pernah pakai skali dua masa badan masih kurus. 2 dah mereput. Pernah kasi pinjam sedara-mara buat wedding. Baju saya simple tapi kainnya mahal. Jangan tanyela kenapa. ini semua naik “sheikh” masa berbelanja tu. Tup tup dah sampai tingkat tertinggi Jakel harga kain ribu raban semeter (sekarang taktaula baper rege skali tu je saya pegi). Rupa2nya kedai2 gini ade tpt khas utk customer VIP. First and last saya pergi sbb pe taknak terpengaruh la walaupun maybe satu hari nanti mampu je beli. Still tak semahal yang beli overseas kat France etc. Yang tu taktahula berapa. Buat simple mcm Tg Aminah punya baju nikah pun so sweet. Bila tengok tu rasa laaa bodohnya tak terfikir time tu adei…

Lesson no. 6: Some things memang tak perlu. Kawal nafsu membeli jgn sampai naik sheikh!

Ok tu jela u olls. Again maafkan salah silap. Memang niat nak berpesan sbb keadaan ekonomi kurang baik. Yang tinggal nanti hanyalah kenangan dan makanan mahal2 pun akan masuk je dalam perut gitu je. Cuma photo2 dan kenangan je so tak perlulah. Duit tu boleh buat investment, education mcm2 lagi.

Ambil iktibar jangan follow yang buruk OK. Bai!

– Perlu Belajar Lagi

 

Kredit :
iiumc.com



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wjJqQw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.