Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pukul, Carut Mak Sebab Tak Dapat Duit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pukul, Carut Mak Sebab Tak Dapat Duit

Sebak kami melihatkan si ibu apabila meminta belas kasihan daripada anaknya sendiri. Video pendek yang tersebar di laman sosial itu baru-baru ini ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati dengan tindakan seorang pelajar lelaki yang bertindak kurang ajar dengan ibu sendiri.

BACA: Tersedu Ibu Menangis Bila Terima Hadiah Dari Anak

Lebih teruk lagi, remaja berkenaan turut bertindak mengangkat kerusi dan mengancam seperti ingin memukul ibunya itu, Dari kata-kata yang dilemparkan sepanjang rakaman video tersebut, jelas sekali remaja berkenaan berang kerana tidak diberikan wang secukupnya.

Melalui Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, bapa remaja berkenaan telah membuat laporan polis demi memikirkan tentang keselamatan diri dan keluarga termasuk anak lelakinya selepas video terbabit viral.

“Pengadu berusia 39 tahun memberikan video terbabit kepada guru sekolah anaknya dengan niat agar guru berkenaan menasihati anak pengadu itu”

“Kemudian pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara bertanyakan mengenai video terbabit selepas ia tular di Facebook dan dikecam banyak pihak,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, bapa dan juga ibu kepada remaja berkenaan enggan tindakan diambil terhadap anak mereka atau mana-mana pihak. Ibu remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan pukulan kerana dipukul dengan tangan sahaja.

Anda nilai sendiri video yang anda lihat ini. Luluh jantung bila terdengar libasan tangan terkena tubuh ibu remaja berkenaan. Mak dan ayah tidak mahu panjangkan perkara ini pun sudah cukup baik.

Semoga remaja berkenaan sempat berubah ke arah yang lebih baik sebelum hanya mampu menangis seribu penyesalan jika wanita yang bertarung nyawa melahirkannya itu sudah tiada di dunia. Sampai basah tanah kubur menangis sekali pun, tiada guna.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Tergeliat Lidah Nak Sebut 😭



✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xG1pnk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.