Hi! Welcome Back and Stay Tune! Difitnah pembuli siber, perkahwinan wanita ini dibatalkan gara-gara keluarga lelaki malu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Difitnah pembuli siber, perkahwinan wanita ini dibatalkan gara-gara keluarga lelaki malu

Angkara Fitnah, Perkahwinan Wanita Ini Dibatalkan

Baru-baru ini seorang ibu tunggal telah menjadi mangsa buli siber apabila ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan cerita buruk mengenainya di laman sosial.

Akibat perbuatan khianat dan irihati itu, perkahwinan wanita berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada hujung tahun ini dibatalkan pihak lelaki.

Cara yang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu ialah dengan mengambil gambar wanita berkenaan bersama dua anaknya dan memuat naik tulisan yang memalukan dirinya.

Pihak terbabit kemudian menyebarkan gambar itu ke pelbagai media sosial sehingga viral.

“Mencari pasangan hidup yang betul-betul ikhlas dan boleh terima anak-anak….call #$@!*** ,” tulis pihak yang berniat jahat itu.

(Kami telah memadamkan nombor yang dimaksudkan dalam kenyataan di atas.)

Menurut wanita malang itu yang menggunakan nama Adda kepada Mynewshub, nombor telefon yang tertera di caption itu bukan nombornya, sebaliknya milik seorang lelaki.

Kesan daripada perbuatan itu kata Adda, orang mula mengata lelaki yang bakal dikahwininya itu sebenarnya seorang ‘pak sanggup’.

Akibat malu, keluarga lelaki itu berkeras untuk membatalkan perkahwinan berkenaan, katanya.

Apabila ditanya adakah dia mengesyaki siapa yang mungkin menularkan gambar tersebut dengan caption yang tidak sepatutnya, Adda berkata;

“Saya tidak tahu, tetapi selepas kami umumkan akan berkahwin pada keesokan harinya, saya dapat banyak info daripada kawan-kawan bahawa gambar saya telah tular dengan caption yang mengaibkan,” katanya kepada Mynewshub di sini, hari ini.

Menyedari perbuatan jahat berkenaan, wanita itu tampil membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan.

Walaupun terluka, Adda masih tabah dan berharap keadaan akan pulih demi anak-anaknya.

“Saya redha, mungkin dia bukan jodoh saya tetapi saya harap nama baik saya dapat dipulihkan, kasihan kerana anak-anak saya turut jadi mangsa,” katanya.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Difitnah pembuli siber, perkahwinan wanita ini dibatalkan gara-gara keluarga lelaki malu

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fyI95j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.