Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Aku cekik anak dia nak bagi mampus, tapi tak mampus pulak” – Kisah kejam mentua sanggup buat jahat pada cucu hingga hampir mati, hantar sihir pemisah pada menantu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Aku cekik anak dia nak bagi mampus, tapi tak mampus pulak” – Kisah kejam mentua sanggup buat jahat pada cucu hingga hampir mati, hantar sihir pemisah pada menantu

Kisah pertama:

"Aku cekik anak dia nak bagi mampus, tapi tak mampus pulak" - Kisah kejam mentua sanggup buat jahat pada cucu hingga hampir mati, hantar sihir pemisah pada menantu

“Aku cekik anak dia nak bagi mampus, tapi tak mampus pulak” – Kisah kejam mentua sanggup buat jahat pada cucu hingga hampir mati, hantar sihir pemisah pada menantu

 

 

 

Assalamualaikum. 
Tolong hide fb saya yer min…

Semasa saya berkawan dengan suami 9tahun lepas, mak suami menerima baik kehadiran saya. Tapi sejak kakak sulung suami hasut mak dia supaya bencikan saya.. Mak suami mula berubah.. Kakak sulung suami fitnah saya macam2. Mereka anak beranak nak suami putuskan hubungan dengan saya. Tapi yelah kan.. Jodoh bukan kat tangan mereka.. Saya selamat berkahwin dengan suami 4tahun yang lepas. Kakak sulung suami pun kawin tarikh yg sama dengan kami.. Masa tu kakak dia umur 31tahun.

Awal-awal perkahwinan mentua macam okey jer. Sejak saya pregnant 2 bulan lepas tu sikapnya terus berubah. Saya dan suami pergi rumah mentua tiap-tiap minggu. Tapi makin hari layanan mentua makin buruk. Bila saya datang ke rumahnya.. Dia buat muka menyampah kat saya. Taj layan saya & tak bercakap pun dengan saya. Mentua tak pernah ambik tahu pasal kandungan saya. Semua persiapan sambut baby saya buat sendiri. Sedih memang sedih.. Sebab ni cucu pertama dia. Tapi buat tak tahu jer. Sedangkan saya dah takde mak. Ingatkan mentua boleh bantu. Tapi tak… 
Depan suami mentua buat2 baik. Tapi dibelakang suami dia jeling saya macam nak bunuh saya jer.

Saya selamat bersalin April 2014. Alhamdulilah.. Saya lahirkan baby sihat tanpa sebarang komplikasi. Bersalin pagi petang dah boleh balik rumah. Sebab dirumah saya tiada orang tua yg boleh jaga saya masa dalam pantang.. Suami saya cadangkan saya berpatang dirumah mak dia. Saya pergi ke rumah mentua dalam pukul 1 pagi selepas 3 hari baby dilahirkan. Semua bermula di sini… Keesokan hari.. Suami saya sangat sibuk sebab ade beberapa hal nak diuruskan. Suami keluar pagi ke pejabat untuk setle beberapa perkara. Saya ingat mentua saya ikhlas menjaga saya dan baby.. Tapi sebaliknya. Bila baby saya menangis lapar susu.. Mentua cepat-cepat larikan baby dari saya. Saya xdapat nak pegang pun baby saya. Baby saya dipaksa isap puting kosong supaya baby saya diam dan tak menangis.. Saya tak boleh nak menyusu baby saya sendiri.. Mentua akan bawa baby saya ke depan & ke dapur. Baby saya menangis mungkin sebab lapar. Tetiba saya dengar tangisan baby macam tersekat-sekat. Masa tu mentua bawak baby ke dapur. Kebetulan ada jiran datang. Mentua terus ke depan.. Saya dengar jiran kata mata baby dah keatas.. Saya tak tahu apa mentua buat kat baby saya.

Baby saya dah tak nak buka mulut untuk menyusu. Baby saya asyik tidur je. Petang tu ayah saya ade datang.. Saya ada bagitahu ayah baby tak nak menyusu. Baby tidur je. Ayah kata baby letih. Nanti malam mesti berjaga. Saya memang tak de pengalaman sebab ni anak sulung. Pukul 1 pagi masa tengah tidur saya terdengar mak mentua & ayah mentua berbisik-bisik cakap badan baby panas. Tapi dia tak kejutkan saya dan suami. Seakan-akan nak sorotkan. Saya terus bangun tengok baby. YaAllah.. Terkejut sangat tengok baby saya biru… Nafas tercungap-cungap.. Terus saya kejutkan suami bawak pergi klinik. Di klinik baby saya diberi oxygen dan dikejarkan terus ke hospital dengan ambulance. Ni lah kali pertama dalam hidup saya naik ambulance. Ketar lutut tengok keadaan anak.

Otw ke hospital saya menangis semahunya. Hanya mampu berdoa semoga Allah panjangkan umur baby saya. Oxygen baby makin drop. Badan baby semua biru.. Kuku baby pun biru. Nurse dalam ambulance saling berpandangan satu sama lain. Saya seakan faham maksud pandangan tu. Tapi saya buat-buat tak tahu. Saya tahu anak saya kuat. Bila sampai di kecemasan ramai doktor-doktor cuba bantu baby saya. Tapi baby saya tiada respon. Mata hanya terpejam rapat. Bila doktor cucuk tangan & kaki baby tak nangis langsung… Sedih sangat saya tengok keadaan baby. Lama lepas tu baru baby saya menangis. Tapi tetap tak mahu menyusu. Deria menghisap baby seakan-akan hilang.

Baby saya masuk nicu 2 minggu.
Saya menangis tengok keadaan baby sampaikan saya hampir meroyan. Baby saya langsung tak aktif. Tak bergerak.. Tak menangis macam baby lain. Hanya kaku… 
Mana mentua saya lepas apa terjadi ? HILANG !!!! 
Langsung tak tanya keadaan saya dengan baby. Saya kutip kekuatan untuk anak saya.. Saya tak nak anak saya lemah kalau saya sendiri pun tak kuat. Doktor bagitahu kalau saya lambat sikit lagi bawak baby ke hospital.. Saya mungkin akan kehilangan baby saya buat selamanya…

Dua minggu anak saya dihospital. Pelbagai rawatan doktor lakukan. Bila buat mri scan kepala, Otak anak saya dah mati. Hampir semua otak anak saya cedera. Otak anak saya bengkak dan hanya sebelah kiri jer masih elok. Tu pun terlalu sikit kebanyakkan otak dah bengkak. Doktor ada tanya saya kenapa baby jadi macam ni. Baby pernah jatuh ? Kelu untuk saya jawab sebab saya sendiri tak tahu. Mentua saya langsung tak bagi baby pada saya. Dan tak sampai 24jam saya dirumah mentua.. Baby saya jadi biru !!!

Saya hampir-hampir pengsan bila doktor terangkan keadaan baby. Baby saya mungkin tak membesar seperti anak-anak yang lain. Sekarang baby hanya minum susu melalui tiub lepas berhari-hari berpuasa. Baby saya mungkin terlantar seumur hi

Baby saya mungkin terlantar seumur hidup. Mungkin akan buta.. Tak boleh berjalan dan tak boleh bercakap. Luluh hati ibu bila anak yang dilahirkan sihat walafiat tiba-tiba jadi bergini.. 

Suami sentiasa bagi semangat kat saya. Saya selalu menangis dibahu suami cuba cari kekuatan untuk anak kami. Berkat doa anak saya makin sihat. Makin aktif. Dah boleh minum susu menggunakan sudu.. Setiap hari saya akan pergi jenguk anak di hospital. Dari pagi sampailah lewat malam baru saya balik ke rumah. Pantang saya memang terabai. Saya hanya pikir anak je masa tu. Saya sangat terkesan dengan perbuatan mentua. Kalau dia tak suka saya sekalipun kenapa perlu libatkan baby yang tak berdosa. Kalau bencikan saya kenapa baby saya jadi mangsa. Kalau tak bersalah kenapa perlu larikan diri seperti takut. Lepas keluar dari hospital saya nekad jaga sendiri baby saya. Saya ajak suami berpatang dirumah sendiri. Saya suruh suami ambik semua barang saya dan baby kat rumah mak dia. Saya trauma dengan apa yg berlaku. 

Selepas 3 tahun lebih berlaku. Saya rasa bersyukur sangat-sangat. Berkat kesabakaran kami suami isteri… Pelbagai usaha dan tawakal bawa anak berubat sana sini.. Kini anak saya seperti kanak-kanak lain. Lincah, aktif dan makin bijak. Tak payah cakap berapa duit dan masa kami habiskan untuk rawatan anak. Semua untuk lihat anak kembali sihat. Anak saya sekarang dah boleh berjalan, berlari dan bercakap. Walaupun agak lambat tapi saya tetap bersyukur dengan keajaiban yang Allah bagi.. 

Tapi sampai sekarang saya tak boleh maafkan apa yang berlaku. Mentua saya buat tak tahu dan tak pernah nak ambk tahu. Dia tam elaskan kat saya pun ape sebenarnya terjadi. Sampai sekarang anak saya kena buat pelbagai ujian darah untuk kesan penyakit. Tapi doktor tak jumpa sakit anak saya. Semua result test darah adalah normal. Masih tak tahu punca otak anak saya jadi bengkak masa umur 3 hari dulu.. 
Saya rasa bersalah sangat kat anak sebab tak jaga dia sebaik mungkin dulu. Kalau saya berpantang sendiri semua tak akan berlaku.. 

Pada mentua saya, Saya akan ingat semua yang dia dah lakukan pada keluarga saya. Sampai bila-bila pun saya tak akan pernah lupa. Memang saya tak nampak apa yang mentua buat. Tapi Allah ada. Allah tak pernah tidur. Ingat kifarah. 
Aniaya darah daging sendiri sedangkan ni cucu dia. Kakak suami yang kawin sama tarikh dengan saya tu belum ada anak.

Sumber: KRT

Kisah sambungan:

Assalamualaikum.. Terima kasih admin siarkan kisah saya tadi. 
Terima kasih pada yang mendoakan kesihatan anak saya. Semoga anak saya sentiasa sihat dan menjadi anak yang soleh. Semoga saya terus kuat. Dulu memang saya menangis tiap-tiap hari mengenangkan nasib anak. Tapi sekarang tak lagi sebab saya tahu anak saya kuat.

Memang silap saya sebab berdiam diri masa mentua larikan baby saya tu. Saya baru bersalin 3 hari. Luka bawah pun tak baik lagi. Memang tak larat nak bangun nak ambik baby dari mentua. Memang saya akui silap saya bagi muka sangat kat mentua. Masa anak saya umur setahun lebih, Saya ade pergi ke rumah mentua. Anak saya tak boleh jalan lagi masa tu. Mentua saya kata kat anak depan saya.. Kenapa jalan macam orang cacat ?

Wawawah… Sedap jer mulut orang tua ni kan. Saya terus menagis. Semua berpunca dari dia ! Kalau saya ni tak hormat dia sebagai mak suami, dah lama saya report kat polis. Biar polis siasat. Suami saya pun diam jer masa tu. Sebab kan mak dia pandai berlakon jadi dia tak percayalah mak dia buat semua ni.. Saya tak berdendam pun walaupun memang sakit sangat hati ni. Saya pun still pergi rumah mentua. Tapi tak macam dulu. Jarang-jarang jer. Huhu. Baik tak saya ? Hehehe..

Teringat plak masa raya 2014. Saya dan suami bawak lah anak beraya rumah mentua. 1st rumah taw Lepas solat hari raya terus ke rumah mentua. Tapiiiii.. Kami tak dijemput masuk pun. Hahaha saya dan suami hanya duduk di bangku luar rumah. Sambil menyusu kat luar tu baby plak nangis panas. Hahaha. Orang tak suka ko gatal pergi buat apa. Tetamu lain datang cepat-cepat mentua ajak masuk dalam rumah. Sadis kan.. Last-last mentua halau kami sebab dyeorg nak keluar beraya. Kakak suami jeling jer kat saya. Datang tengok baby pun tak. Saya agak dia jeleous sebab kawin sama-sama tapi dia tak dapat anak lagi. Otw balik saya suruh suami singgah beli air kat 7e dahaga punya pasal. Huhuhu.. Memang sejak dari kes baby saya biru saya tak bagi mentua pegang baby lagi. Biras saya dengar mentua kata saya ni meroyan. Sebab tu tak bagi orang lain pegang anak.. Meroyan tak meroyan. Saya serik anak saya diperlakukan sedemikian rupa. Saya ni kira bersabar banyak dah dengan mentua. Ikut hati ni nak hadap muka dia pun malas. Tapi saya tak nak gaduh dengan suami.

Tak lama lepas peristiwa hitam tu. Saya sakit tiap-tiap malam. Tangan kiri saya terasa berat sampai tak boleh nak angkat. Seperti ada sesuatu yang menindih kat tangan. Saya tak dapat menyusu baby saya sebelah kiri sebab tangan kiri saya seperti lumpuh. Yang pelik sakit ni ketara waktu tengah malam. Saya kejutkan suami utk sapu minyak panas.

Masa ni saya tak syak lagi saya kena sihir. Sebab saya ingat sakit saya ni mungkin ade benda yang menumpang pada badan saya. Sebut pasal sihir.. Awak-awak semua boleh agak tak sape punya kerja ? Sepanjang saya sakit. Saya kerap mimpi mentua mintak saya bercerai. Banyak kali jugak mimpi macam tu… Tapi saya masih tak fikir yang saya dah kena sihir. Banyak ustaz juga saya pergi tapi baik sekejap pastu sakit balik. Sepanjang saya sakit saya kerap mintak cerai dengan suami. Asyik nak cerai jer… Tapi suami tak nak lepas sebab sayangkan saya dan anak-anak.

Dipendekkan cerita.. Setiap kali berubat saya memang kena rasuk. Dan benda dalam badan saya akan bercakap guna suara saya. Benda ni rupanya orang punya yang dihantar untuk buat saya bercerai, nak seksa saya sampai mati. Rupanya dah lama saya sakit. Sejak berkahwin benda ni dihantar untuk rosakkan hubungan saya dgn suami. Nak saya sakit, gila dan bercerai.

Bila saya dalam rumah sendiri saya rasa takut. Ada benda yang selalu ikut saya. Saya jadi seorang yg pemarah. Jiwa terlalu serabut. Bisness online saya jatuh teruk akibat perbuatan sihir ni. Kalau dulu dengan bisness online saya dapat income lebih 5k sebulan untuk bantu suami. Tapi sejak saya sakit nak dapat rm100 sebulan pun payah…

Suami saya bawak perubat merata-rata tempat. Dah banyak ustaz yang kami jumpa. Bila dengar ruqyah saya terus tak sedar diri. Time di rasuk saya akan menjadi ‘mak suami’. Saya akan memaki suami sebab tak nak ceraikan saya. Saya sepak terajang suami time tak sedar tu. Lebih mengejutkan masa saya tak sedar tu saya ade sebut “aku cekik anak dia nak bagi mampus, tapi tak mampus pulak”. Mungkin ni sebabnya anak saya jadi biru dulu. Allahualam.. Hanya Allah yang tahu.

Ustaz yang berubat saya bagitahu saya terkena sihir pemisah. Sihir menggunakan gambar kawin saya. Pada gambar tu terdapat banyak jarum2 dicucuk. Terdapat juga pantung kecil yg dipuja atas nama saya untuk sihir. Memang sakit seksa sangat-sangat. Dia hantar kat kepala nak suruh saya jadi gila. Di hantar kat perut supaya saya tak boleh mengandung. Dihantar pada kemaluan supaya saya tak dapat layan suami. Kuasa Allah saya mengandung dan dapat dua dah anak yg sangat comel.

Mula-mula suami memang tak percaya semua ni kerja mak dia. Tapi dia tetap bawak saya jumpa ustaz-ustaz. Sampai satu tahap suami tak sanggup tengok saya menahan kesakitan. Tiap-tiap malam saya menangis menahan kesakitan. Mengelupur saya sakit bila terasa ade sesuatu yang mencucuk-cucuk dibadan. Hanya mampu berzikir dan menyebut nama Allah untuk cabut segala sakit ni. Suami saya turut menangis..

Sebab dah tak tahan sangat suami ade masej mentua tanya ada buat pape ke ? Mentua terus marah & maki hamun suami. Mentua cakap dia tak pernah sihirkan saya. Dan mentua tanya suami saya sakit apa ? Kat situ lah suami mula pelik. Suami tak mention pun saya sakit @ terkena sihir. Tapi mentua macam tahu-tahu jer. Suami pun jadi percaya ni semua mak dia sendiri yang hantar untuk pisahkan kami… Suami blok semua no mak dan ayah dia serta adik beradik yang lain. Dah dekat 9 bulan suami tak pergi rumah mak ayah dia.

Saya ade jugak tanya tak nak pergi ke. Suami cakap tak rasa nak pergi pun. Kalau awak semua ditempat saya.. Apa ya awak semua buat ? Patut ke berbaik semula dengan mentua ? Yelah suami saya tetap anak dia kan. Syurga suami tetap bawah kaki mak dia.. Apa saya perlu buat ? Mak-mak sedara saya sibuk jer tanya tak pergi ke rumah mentua ? Raya pun tak balik ? Bagi saya orang dah tak suka tak perlu saya nak terhegeh-hegeh lagi. Dalam masa yang sama saya tak nak suami saya jadi anak derhaka..

Saya mohon kalian doakan kebahagian rumahtangga saya ni. Semoga kebahagian saya ni hingga ke syurga Alllah. Saya terlalu sayangkan keluarga saya. Suami saya pun baik.. Tak semua orang bertuah punya mentua yang baik. Yang ada mentua yang baik patut bersyukur sangat… Yang mengenali saya mohon jangan tag fb saya please…

Sumber: KRT



Sumber “Aku cekik anak dia nak bagi mampus, tapi tak mampus pulak” – Kisah kejam mentua sanggup buat jahat pada cucu hingga hampir mati, hantar sihir pemisah pada menantu

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xhUMcb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.