Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: Engku Emra dan Laudya Cynthia Bella selamat diijabkabul - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: Engku Emra dan Laudya Cynthia Bella selamat diijabkabul

KUALA LUMPUR: Sekian lama berteka-teki dan membiarkan persoalan mengenai tarikh pernikahan mereka menjadi tanda tanya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42, menamatkan spekulasi itu apabila diijabkabulkan dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 29, petang tadi.

 

 

Video: Engku Emra dan Laudya Cynthia Bella selamat diijabkabul

Video: Engku Emra dan Laudya Cynthia Bella selamat diijabkabul

 

Dengan sekali lafaz, bekas suami Erra Fazira itu sah menjadi suami kepada pelakon yang mesra disapa Bella itu pada jam 6.57 petang. Pasangan itu dinikahkan bapa Bella, Busye Amir dengan mas kahwin sebanyak RM300 pada majlis yang berlangsung secara tertutup di sebuah hotel di ibu negara.


Pada majlis itu, Engku Emran turut menghadiahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Majlis pernikahan pasangan mempelai itu berlangsung secara sederhana dan dihadiri kaum keluarga terdekat serta sahabat karib.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Engku Emran dan Bella merakamkan penghargaan serta terima kasih kerana memberikan mereka ruang untuk melangsungkan acara pernikahan tanpa liputan media.

“Kami berdua amat menghargai kerjasama rakan media. Doakan perkahwinan kami dirahmati Allah SWT dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat,” kata pasangan itu.

Sumber: bharian



Sumber Video: Engku Emra dan Laudya Cynthia Bella selamat diijabkabul

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wOEjZG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.