L!wat Anak Pertama Kali Ketika Mengerjakan UMRAH Sehingga Keluar NAJ!S. ALLAHUAKBAR
L!wat Anak Pertama Kali Ketika Mengerjakan UMRAH Sehingga Keluar Naj!s. ALLAHUAKBAR | Baca Viral – Tidak selayaknya bergelar bapa! Agen unit amanah tanpa teragak- agak mengaku meliwat anaknya sehingga terkeluar najis.
L!WAT KALI PERTAMA DI MEKAH
Lebih mengejutkan lagi, dia juga mengaku melakukan perbuatan itu kali pertama di sebuah hotel ketika mengadakan umrah di tanah suci Makkah, semasa mangsa berumur 13 tahun, dua tahun lalu. Setiap kali diperlakukan perbuatan itu, mangsa menepis tangan bapa durjana tersebut.
Apabila melawan, mangsa ditolak, diheret dan ditindih tanpa belas ehsan. Perbuatan keji itu dilakukan tiga kali sehari hampir setiap hari bermula Januari lalu sehingga dia ditangkap 26 Julai lepas. Mangsa dikawal ketat oleh lelaki itu. Pergaulan dan pergerakan sentiasa dipantau. Dia dihantar dan dijemput dari sekolah olehnya.
Menurut guru kelas, prestasi pelajar berkenaan lemah dan mangsa sering bersendirian di sekolah. Mangsa tiada daya untuk mengadu serangan seksual itu kerana takut, bimbang dimarahi dan tidak dipercayai.
MANGSA MENGADU KEPADA IBU
Namun, akhirnya remaja itu menemui kekuatan selepas bapanya menyuarakan hasrat untuk mengambil dua lagi adik perempuan yang dibawah jagaan ibunya tinggal bersama mereka. Tidak rela apa yang berlaku ke atas diri terjadi kepada adik-adiknya, dia kemudiannya mengadu kepada ibunya pada 25 Julai ketika berada di rumah wanita itu.
Pendedahan itu mengejutkan ibu mangsa sebelum laporan polis dibuat. Kesemua fakta ini dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali dan diakui lelaki itu.
PENJARA 48 TAHUN
Bapa berkenaan dihukum penjara 48 tahun dan sebat sebanyak 24 kali di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak selepas mengaku bersalah atas 623 tuduhan pelbagai kesalahan seksual.
Lelaki terbabit yang juga seorang ajen Unit Amanah itu didakwa atas satu pertuduhan merogol, satu pertuduhan penganiayaan seks, 30 tuduhan sentuhan seksual secara fizikal dan 591 tuduhan liwat.
Lelaki terbabit didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di rumah mereka di Sungai Way, Petaling Jaya pada tarikh-tarikh berlainan pada sebelah pagi, petang dan malam.
Kejadian didakwa berlaku di antara bulan Januari dan Julai tahun ini sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam di rumah mereka di Sungai Way. Pertuduhan menyebut, lelaki berkenaan didakwa meliwat mangsa setiap hari sepanjang bulan Januari, Februari, Mac, Apri dan Jun.
Pada bulan Mei, dia didakwa meliwat mangsa setiap hari kecuali dua hari sebelum bulan Ramadan (25 dan 26 Mei) dan pada hari pertama menunaikan ibadah puasa (27 Mei).
Lelaki berkenaan turut dituduh melakukan perbuatan itu setiap hari bermula 1 Julai hingga 20 Julai lalu sebelum laporan polis dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25 Julai lalu.
Sumber : Sinar Harian & Siakap Keli
The post L!wat Anak Pertama Kali Ketika Mengerjakan UMRAH Sehingga Keluar NAJ!S. ALLAHUAKBAR appeared first on BACA VIRAL.
✍ Sumber Pautan : ☕ BACA VIRAL
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wN7JJh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment