Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jim O’Neill: Kerajaan British Patut Realistik Dan Berhenti Bermimpi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jim O’Neill: Kerajaan British Patut Realistik Dan Berhenti Bermimpi

Kerajaan British patut berhenti bermimpi untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan dalam rundingan Brexit, kata Jim O’Neill bekas penganalisis ekonomi di Goldman Sach. Tambahnya, British perlu realistik dengan hasil daripada rundingan perpisahan dengan Kesatuan Eropah.

Sebelum ini dalam referendum Brexit, Perdana Menteri Theresa May agak menentang Brexit sebelum undian dibuat pada Jun 2016, namun kini beliau secara formal menjalankan proses keluarnya UK dari EU.

Beliau juga mengadakan pilihanraya mengejut pada Jun lepas di mana parti kerajaan kehilangan majoriti yang dianggap sebagai tindakan ‘berjudi’ oleh sesetengah pemerhati politik.

Jim O’Neill adalah orang yang pertama kali menyebut terma ‘BRIC’ pada 2001 yang mana adalah sekumpulan akronim yg merujuk kepada negara Brazil, Rusia, India, China dan Afrika selatan di dalam tulisannya bertajuk “Building Better Economic BRICs”. Selepas beberapa tahun daripada itu, pemimpin-pemimpin dari negara-negara ini membuat perhimpunan formal pada tahun 2010.

“Perbezaan di antara parti politik kita jelas dilihat dalam parti memerintah iaitu Konservatif yang terus mendominasi perbincangan polisi dan saya harap ia akan berubah,” kata O’Neill.

O’Neill yang meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan dalam kerajaan May tahun lalu mengatakan perunding British cenderung untuk mendapatkan faedah yang besar di mana ia adalah tidak realistik.

“EU hanya mahu UK meninggalkan kesatuan dan tidak ada kesan negatif kepada mereka kerana dalam satu-satu perkara mesti ada orang yang berfikir: ‘Jika begitu mudah anda pergi dari situasi yang teruk tetapi mahu mengekalkan faedah, oleh itu saya juga mahu seperti itu’,” kata O’Neill.

The post Jim O’Neill: Kerajaan British Patut Realistik Dan Berhenti Bermimpi appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gNxkZF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.