Teruk Penguatkuasa Ini Kena Maki Akibat Kunci Tayar Kereta Yang Parkir Di Petak OKU..
SUBANG JAYA – Rakaman video seorang wanita yang berang dan marah pada anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil memegang alat pengunci stereng, viral di media sosial.
Video yang dimuat naik di sebuah group Facebook GTB28 itu menunjukkan, wanita berusia lingkungan 30-an itu tidak puas hati dengan tindakan anggota MPSJ yang telah mengunci tayar keretanya yang diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Dalam video berdurasi 1 minit 36 saat itu, wanita berkenaan berulang kali menyatakan bahawa dia hanya meletakkan keretanya di depan kedai makan untuk seketika sahaja, bagi membeli makanan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Bagaimanapun, anggota MPSJ itu menjelaskan bukan menjadi satu kesalahan untuk wanita berkenaan membantu membeli makanan untuk OKU. Namun tindakan meletakkan keretanya di tempat yang tidak sepatutnya menjadi satu kesalahan yang perlu dikenakan tindakan.
Enggan menerima penjelasan yang diberikan, wanita itu mula meninggikan suara dan meminta anggota MPSJ memahami keadaannya. Tambahan pula, kawasan parkir di sekitar juga telah penuh menyebabkan dia tiada pilihan lain untuk parkir di situ.
“Ya, parking sini sebab depan ini restoran dan tak ada tempat parking berhampiran. So saya parking sini, cepat-cepat ambil produk, tolong OKU juga,” jelasnya.
“Haa, you tahu pun salah. You tahu pun salah parking,” kata anggota MPSJ berkenaan.
“Bukan salahnya, you mesti tahu OKU tak ada masa. Kita mesti faham, OKU memang tak ada masa,” katanya.
Belum sempat menghabiskan penjelasan, anggota MPSJ itu kemudian bertanya, apakah wanita itu berstatus OKU.
Soalan itu membuatkan wanita berkenaan berang, menghentak kakinya dan sekali lagi meninggikan suara kepada anggota berkenaan. Berulang kali wanita itu menjelaskan dia dan suaminya membantu OKU dan meminta anggota terbabit faham dengan keadaannya.
Perakam video itu kemudian meminta wanita terbabit menunjukkan kad OKU. Anggota yang dimarahi wanita itu pula berkata, “Kalau you betul-betul tolong OKU, kalau you OKU, baik you parking kat tengah-tengah je.”
Kata-kata anggota itu membuatkan wanita berkenaan terdiam seketika dan berkata, “Adakah you normal ke tak normal? Suruh saya parking di tengah jalan?”.
Sementara itu di media sosial, netizen menyalahkan wanita itu yang bertindak di luar batasan, sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan cara baik jika dia benar-benar tiada pilihan untuk parkir di situ.
Sumber: Terengganu Times
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wdSu8O
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment