Hi! Welcome Back and Stay Tune! Watie Elite Tak Mampu Bayar Saman Hana Elite Berjumlah RM707,351.83 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Watie Elite Tak Mampu Bayar Saman Hana Elite Berjumlah RM707,351.83


Gagal membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83 yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Selayang, dua tahun lalu sehingga kini, Hana Elite sekali lagi telah memfailkan saman terhadap rakan kumpulannya, Watie Sadali atau lebih dikenali sebagai Watie Elite.

Menurut laporan Harian Metro, dalam permohonan itu, Hana memohon mahkamah mengeluarkan perintah waran tangkap sekiranya Watie selaku penghutang gagal hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berkenaan kegagalannya membayar hutang berkenaan.

Menurut Watie yang turut ditemani suaminya, Zulkifli Daud atau lebih dikenali sebagai Joey ketika ditemui pemberita berkata, dia tidak membayar jumlah yang dituntut Hana kerana tidak berkemampuan.


“Saya tak mampu membayar jumlah tuntutan RM707,351.83 kerana tidak ada pendapatan tetap dan bukannya orang kaya,” jelasnya ketika selepas prosiding dijalankan. Mahkamah menetapkan 11 Oktober depan untuk perbicaraan kes.

Sebelum ini, Hana telah diisytihar muflis pada April 2013 kerana gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank sedangkan dalam masa yang sama, dia sendiri tidak mengetahui mengenai pinjaman tersebut.

Memetik kembali temu bual bersama Hana oleh Harian Metro, Hana sebelum ini ingin membantu Watie kerana terhimpit dengan kehidupan yang sukar ketika itu. Atas dasar persahabatan, Hana bersetuju untuk pinjamkan nama dan membayar duit pendahuluan bagi membolehkan dia beli kereta (Toyota Wish).

Sumber: ROTIKAYA


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vSO9wv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.