Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Saya Minta Maaf, Saya Ada Masalah Kewangan."- Lelaki Minta Maaf Selepas Rompak Bank!.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Saya Minta Maaf, Saya Ada Masalah Kewangan."- Lelaki Minta Maaf Selepas Rompak Bank!..


BANGKOK: "Saya minta maaf, saya ada masalah kewangan," kata seorang lelaki bersenjata kepada seorang juruwang di Bank Thanachart yang terletak di Rama III Road, Khamis sebelum melarikan wang berjumlah Bt270,000 (RM34,254).

Lelaki berusia kira-kira 30 tahun itu mengambil masa kira-kira satu minit untuk merompak juruwang di cawangan Bang Khlo Laem kira-kira pukul 8.52 pagi.

Saksi memberitahu polis bahawa lelaki itu memakai sarung kepala yang kadang kala dipakai oleh penunggang motosikal sebelum memakai topi keledar.

Timbalan pesuruhjaya polis metropolitan Surachai Kuandechakup berkata suspek menghampiri juruwang berkenaan, menunjukkan senjata yang tidak dapat dikenal pasti jenisnya dan menuntut agar wang diberikan kepadanya.

"Suspek meminta maaf dan memberitahu bahawa dia mempunyai masalah wang," kata Surachai.

Dia kemudian meletakkan wang itu ke dalam begnya dan keluar dari bank secara senyap-senyap.

Malah pengawal keselamatan menolong membuka pintu untuknya, kerana menganggap dia adalah seorang budak penghantar.

Surachai berkata, berdasarkan apa yang dinyatakan suspek kepada juruwang tersebut, dia bukanlah seorang penjenayah profesional.

Seorang pengawal keselamatan bank memberitahu pihak polis bahawa wajah perompak terbabit seperti biasa dilihatnya dan bermungkinan adalah pelanggan bank.

Polis sedang memeriksa kamera keselamatan bank untuk mengenal pasti perompak tersebut dan membuat lakaran.

Beberapa saksi berkata mereka dapat melihat dengan jelas wajahnya yang tidak dilindungi.

Polis berkata lelaki bersenjata itu memakai baju dan seluar hitam.

Dia masuk ke dalam bank sambil membawa beg dan berkelakuan seperti pelanggan biasa.

Suspek kemudian mengacukan pistol kepada juruwang dan menuntut wang tunai. 

Sumber: mStar Online


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xijx7Y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.