Alhamdulillah... [METROTV]
“Saya lega dan bersyukur kerana anak saya, Mohammad Shahir Sharifuddin, 11, sudah menunjukkan perkembangan yang luar biasa walaupun parah akibat kejadian itu.”
Demikian kata Datin Norfaizah Arifshah, 43, mengenai anak ketiganya daripada empat beradik yang cedera dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Khamis lalu.
Mohammad Shahir antara tujuh mangsa yang cedera dan menyelamatkan diri selepas memecahkan tingkap di tingkat tiga pusat berkenaan sebelum terjun ke bumbung tingkat satu dan jatuh ke bawah.
Pada waktu itu, baju pada bahagian belakang sudah disambar api sehingga Mohammad Shahir terbakar 20 peratus daripada pinggang ke leher, patah tulang pinggul dan patah tulang rusuk sehingga mencederakan paru-parunya.
“Hari pertama di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur cukup mendebarkan saya sebagai seorang ibu kerana keadaannya yang kritikal pada waktu itu tetapi Alhamdulillah, berkat doa seluruh rakyat Malaysia, dia kini stabil.
“Keadaannya semakin baik selepas dia sedar pada Sabtu lalu dan boleh memberi maklum balas walaupun masih memakai alat bantuan pernafasan.
“Saya tidak boleh berada dekat dengannya kerana tidak sampai hati melihat dia banyak bergerak kemungkinan ingin meluahkan sesuatu kepada saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.
Dalam nada sebak, Norfaizah turut menzahirkan kesedihannya terhadap apa yang berlaku di samping mengagumi semangat ditunjukkan ahli keluarga kepada 21 mangsa yang terkorban yang reda atas kehilangan insan tersayang.
Sementara itu, suaminya, Datuk Dr Sharifuddin Musa, 45, turut bersyukur dengan keadaan anaknya selepas mampu memberikan reaksi terhadap pertanyaannya.
“Saya bertanya pada Shahir adakah dia haus? Dia mengangguk. Saya jelaskan padanya saya tidak dapat memberikan dia air dan akan meminta bantuan doktor untuk melakukan tugas itu dan dia sekali lagi mengangguk.
"Memberi maklum balas itu sebagai tanda memahami pertanyaan saya membuatkan saya dan isteri berasa amat lega dan bersyukur yang tak mampu diungkap dengan kata-kata. Secara tidak langsung menjelaskan bahawa Shahir tidak mengalami apa-apa kecederaan di otak," katanya.
Perkembangan anaknya itu juga katanya adalah berkat doa rakyat Malaysia termasuk ada yang mendoakan kesejahteraan semua yang terlibat dari Kota Suci Makkah.
“Tidak sangka kejadian ini mendapat perhatian rakan saya yang berada di Makkah. Terima kasih daripada saya sekeluarga.
"Mungkin berkat doa daripada kaum keluarga, sahabat handai dan rakyat Malaysia menguatkan semangat Shahir untuk pulih kerana dia menunjukkan perkembangan yang luar biasa berbanding keadaan sebelum ini," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai penangkapan tujuh suspek kebakaran itu, Sharifuddin berkata, siasatan terperinci perlu dilakukan.
"Pada pandangan saya sebagai orang biasa, mungkin siasatan terperinci harus dilakukan supaya hukuman yang setimpal dikenakan terhadap suspek kerana kejadian ini meragut banyak nyawa dan mereka tidak boleh terlepas begitu saja.
“Mungkin mereka terpengaruh daripada kes jenayah yang ditonton daripada mana-mana saluran media, video, rancangan atau filem," katanya.
Berita berkaitan
• Sampai terputus urat jari [METROTV]
• Mana ada Dewali Keramat kena tangkap
• MIP tawar khidmat nasihat percuma
• Kedai dah tutup baru mereka muncul
• Polis terus kawal
• Semak, baiki pendawaian elektrik percuma
• 'Bukan salah ibu bapa suspek' [METROTV]
• Naz mohon maaf
• Polis tak sebarkan gambar
• Siap ubah suai akhir bulan ini [METROTV]
• Padam sekejap 'memori luka'
• 'Kita sama-sama berdoa' [METROTV]
• Tiga pelajar tahfiz stabil, dah balik
• Mahu jumpa, beri nasihat
• Operasi semula di bangunan baru
• ‘Sampai hati buat begitu...’
• ‘Isteri kata api tajam’
• Selisih faham futsal pun ada juga
• ‘Saya maafkan mereka...’
• ‘Berkat doa, kebenaran terbongkar...’
• ‘Jangan terus salahkan tahfiz...’
• 'Saya bangga'
• Hari ketiga masih ramai
• 'Mereka yang membawa tong gas'
• Dendam sampai bakar tahfiz
• Tujuh remaja direman
• Mangsa terselamat di lokasi rahsia
• Cari pembeli petrol
• Pengkhianat takkan terlepas
• Kepatahan, pendarahan, radang paru-paru
• 'Ada boleh sembang, ada tidak'
• 'Maaf, saya tak boleh beritahu'
• Damailah di sana
• Mereka syahid, Allah lebih menyayangi
• Ya Allah ampunilah dan rahmatilah dia
• Ustaz Yusuf selamat dikebumikan
• RM 30 juta untuk maahad tahfiz swasta
• Pakai jubah putih bersama
• Siapa lelaki itu?
• Seorang pelajar ditahan bantu siasatan
• Semoga roh mereka dicucuri rahmat
• Cari petunjuk daripada rakaman CCTV
• Jenazah mula dibawa ke Masjid HKL
• Solat jenazah di Masjid HKL
• PERKASA bantu waris #DarulIttifaqiyah
• 12 sahabat di Raudhatul Sakinah
• Semua waris dah serah DNA
• Ramai datang hulur bantuan
• 'Satu laluan keluar saja' kata bomba
• Berubah tertib masuk tahfiz
• 2 tong gas timbulkan tanda tanya
• Pilu mereka jerit "panas, panas...api, api"
• Tiada bahan kimia ditemui
• Peluk cium pipi berulang kali
• Dah dapat rasa adik nak pergi
• Bagaimana nak mati syahid [METROTV]
• Air mata tumpah [METROTV]
• Sultan Selangor zahir ucapan takziah
• Pengetua Pondok Pak Ya simpati
• Bomba ambil alih bangunan tahfiz
• Gurauan terakhir di Facebook
• Azan penenang roh [METROTV]
• Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]
• Tiada sijil layak menduduki
• Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat
• Tiada sijil layak menduduki
• Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]
• Azan penenang roh [METROTV]
• Gurauan terakhir di Facebook
• Suami baru dinikahi juga terkorban
• Kedah ucap takziah
• Henti sebar foto jenazah
• Doakan anak saya
• Gerak hati bapa
• 'Tiada kompromi soal nyawa'
• Pantau elak tragedi berulang
• MAIWP bantu urus jenazah
• PM zahir rasa sedih
• Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]
• 'Tujuh sahaja sempat turun'
• 'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]
• Nekad turun dengan tujuh rakan
• 'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]
• Ya Allah, 24 semuanya terkorban
• Api menjulang ketika azan subuh
• 20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wqRyD6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment