Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netanyahu mahu bertemu Trump bincang perjanjian nuklear Iran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netanyahu mahu bertemu Trump bincang perjanjian nuklear Iran

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membincangkan berkaitan perjanjian nuklear Iran.

Seorang pegawai Israel berkata, Netanyahu akan cuba memujuk Trump untuk menarik balik sokongan negara itu terhadap perjanjian nuklear antara negara kuasa besar dengan Iran, lapor agensi berita China Xinhua memetik Radio Tentera Israel.

"Perkara paling penting dalam pertemuan akan datang ialah menggesa pembatalan perjanjian nuklear," kata menteri kabinet Israel, Yisrael Katz merangkap Menteri Pengangkutan.

Dalam temu bual dengan Radio Tentera Darat, Katz berkata "pengajaran yang didapati dari Korea Utara melihatkan bagaimana perjanjian dan rundingan dengan negara kuasa besar tidak menghalang negara itu membangunkan senjata nuklear."

Netanyahu dijangka berucap pada Perhimpunan Agung PBB dan menegaskan bahawa Iran menimbulkan ancaman terhadap kestabilan Timur Tengah.

Beberapa pihak menentang keras perjanjian nuklear yang ditandatangani dua tahun lalu di Vienne antara Iran dengan negara kuasa besar.

Israel bimbang Iran akan meluaskan peranannya di Syria dan Lubnan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wqRBig

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.