Hi! Welcome Back and Stay Tune! AZMIN: PENGAGIHAN KERUSI BERDASARKAN FAKTOR BOLEH MENANG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AZMIN: PENGAGIHAN KERUSI BERDASARKAN FAKTOR BOLEH MENANG

SHAH ALAM – PKR akan mempertimbangkan memberi kerusinya kepada Amanah dan Bersatu berdasarkan faktor ‘boleh menang’ kata timbalan presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, apabila PKR pertama kali bertanding dalam pilihan raya pada 1999, parti itu tidak mempunyai kerusi tetapi DAP dan Pas baik hati memberikan beberapa kerusi untuk PKR bertanding.

“Prinsip saya jelas, PRU14 masa untuk PKR mempertimbangkan beberapa kerusi untuk rakan baharu dalam pakatan iaitu Amanah dan Bersatu,” kata beliau kepada pemberita selepas berucap pada forum Dialog Malaysia Baharu anjuran pakatan pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan di sini hari ini.

Mohamed Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor berkata, faktor “boleh menang” ialah aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam pengagihan kerusi di Selangor.

“Selain pengagihan kerusi, kita juga perlu mengambil kira faktor “boleh menang” untuk calon parti. Jika seseorang itu dilihat mampu untuk meraih sokongan di kawasan tertentu, sudah tentu kita akan meletakkan orang itu bertanding atas tiket Pakatan.

“Lagipun, kita mahu menang sebagai Pakatan, bukan secara individu,” kata beliau.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x52ypa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.