"Beria Idi berselfie di pantai .. rupa nya itu foto-foto terakhir hidupnya" (10 Gambar)
"Beria Idi berselfie di pantai .. rupa nya itu foto-foto terakhir hidupnya" (10 Gambar) - Bachok : Wajah nya ceria bersama kami berenam dipantai sebelum mandi kami berselfie, idi beria bergambar sambil berselfie tidak disangka itu foto-foto terakhir dihidup nya, kata rakan nya sayu. Hasrat Idi untuk bertemu ayahnya juga tidak tercapai apabila dia maut dalam kejadian lemas di Pantai Perkasa, semalam.
Ketika kejadian, Idi’ Arif Idris,16, mandi bersama enam rakannya dari Kampung Kenali, Kubang Kerian itu ditemui terdampar di tepi pantai kira- kira jam 2.45 petang selepas mayatnya dihanyutkan semula ke darat.
Rakannya, Muhammad Alif Abdullah,16, berkata, mereka datang bersama kira-kira 15 orang rakan untuk berkelah dan bermalam di situ.
Katanya, malam tadi Allahyarham menunjukkan sikap yang ketara pendiam dan enggan makan.
“Dia tak banyak cakap dan dia berhajat untuk jumpa bapanya yang tinggal di Beris. Sebagai anak tunggal dia selalu juga jumpa bapanya selepas ibu bapanya berpisah.
“Memang kami rancang untuk temani dia ke Beris selepas daftar keluar petang ini. Malangnya hajat dia untuk jumpa bapanya tidak tercapai apabila kejadian ini berlaku,” katanya ketika ditemui Sinar Harian sebentar tadi.
Muhammad Alif berkata, pagi tadi mereka mandi tujuh orang dan kesemuanya hampir lemas selepas terperangkap di kawasan dasar berteluk ketika hendak kembali ke pantai.
Manakala, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Pegawai Bomba Kanan II, Ibrahim Mohd Rohni berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.25 petang dan mayat mangsa ditemui kira-kira 60 meter dari dia dilaporkan lemas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah mengesahkan kes tersebut dan jenazah dibawa ke hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk tindakan lanjut.
Semoga roh nya dicucuri rahmat permergian idi mengundang pilu sepupunya Nrshahirah Hassim dia menyifat kan arwah seorang sepupu yang amat baik dan disenangi rakan-rakan dan keluarga.
Nrshahirah juga turut meluahkan rasa sedihnya dilaman sosial nya semoga roh idi dicucuri rahmat bersama insan-insan yang diredhi yang maha esa. Al fatihah
✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xHx8Wt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment