Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah beroperasi semula Oktober ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah beroperasi semula Oktober ini

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya Oktober ini di bangunan baharu yang terletak tidak jauh dari bangunan yang terbakar tersebut.

Pengetuanya Mohd Zahid Mahmood berkata bangunan baharu itu kini sedang diubah suai.

“Bangunan itu juga akan diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan sijil layak menduduki.

“Apabila semua proses itu selesai baru kesemua pelajar akan masuk semula untuk meneruskan aktiviti pembelajaran,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua 18 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun yang terselamat dalam tragedi awal pagi Khamis lepas kini bercuti dan bersama keluarga masing-masing.

Dalam kejadian 5.15 pagi itu, 21 pelajar berusia 6 hingga 16 tahun serta dua guru berusia 26 dan 25 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.

Pada sidang media malam tadi, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kebakaran berkenaan.

Beliau berkata polis percaya motif kebakaran pusat tahfiz itu adalah dendam yang berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek antara pelajar tahfiz tersebut dan pihak luar.

Enam daripada tujuh suspek juga positif dadah.

Kesemua mereka yang tidak bersekolah direman selama tujuh hari sehingga 22 Sept untuk siasatan lanjut.
Sumber :
–  http://ift.tt/1aoZXzE



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yhsM5q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.