Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bukan Hanya Kerana Ejek-Mengejek, Timbalan Pengetua Dedahkan Sebab Lain Punca Bunuh! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bukan Hanya Kerana Ejek-Mengejek, Timbalan Pengetua Dedahkan Sebab Lain Punca Bunuh!

Selain ejek-mengejek yang menjadi punca pembunuhan 23 nyawa dalam kebakaran tahfiz, timbalan pengetua hari ini mendedahkan dorongan lain pembunuhan.


“Dari awal tahun lagi, budak-budak di kawasan taman di sini mula berselisih faham dengan pelajar Tahfiz Darul Ittifaqiyah, kerana berebut bermain di gelanggang futsal berdekatan pusat tahfiz ini,” kata Mohammad Azhari Mahmod, 40, Timbalan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Mohammad Azhari berkata, sejak awal tahun ini pelajar kerap mengadu tidak puas bermain futsal di gelanggang yang hanya ada sebuah sahaja di kawasan rekreasi milik DBKL.

Menurutnya, pelajar tahfiz berkenaan dibawa keluar untuk beriadah di kawasan rekreasi berdekatan setiap petang Isnin dan Rabu.

Katanya, bagaimanapun dia menasihati pelajarnya supaya mengalah dan bermain di padang di kawasan rekreasi yang sama.

“Daripada kejadian berebut gelanggang futsal saya dah tahu budak-budak di kawasan ini selisih faham dengan pelajar.

“Bukan itu sahaja, Ramadan lalu terdapat sekumpulan individu yang beberapa kali membaling mercun ke dalam kawasan pusat tahfiz berkenaan sebelum menunaikan solat Isyak,” katanya.

Menurutnya, dia menegur pelajar supaya jangan bermain mercun namun pelajar menafikan mereka yang bermain bahan letupan itu sebaliknya terdapat individu yang membaling ke dalam kawasan tahfiz dari luar.

“Dulu tiada perkara sebegini berlaku, tetapi zaman sekarang ramai generasi muda melakukan perkara yang tidak masuk akal,” katanya ketika ditemui di perkarangan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.


Menurutnya, dia bersyukur selepas pihak berkuasa berjaya mengenal pasti punca kejadian sekaligus menjelaskan kejadian kebakaran bukan berpunca daripada kecuaian pihak pentadbiran.

“Saya bersyukur. Allah zahirkan perkara yang hak. Banyak pihak yang membuat andaian bahawa kejadian berpunca daripada kecuaian pentadbiran pusat tahfiz,” katanya.

Khamis lalu, 21 pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5.15 pagi.

Susulan daripada kejadian itu, tujuh remaja ditahan dipercayai merancang kebakaran itu dan enam daripadanya positif dadah ketika ditahan. - Metro, Sinar


✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f3Kf9p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.