Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP Pertahan Sekolah Tahfiz? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP Pertahan Sekolah Tahfiz?

KUALA LUMPUR – DAP membantah saranan sebilangan pihak supaya pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur ditutup disebabkan kebakaran yang mengorbankan puluhan nyawa pelajarnya pada 14 September lalu.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari berkata, beliau dan DAP membantah saranan itu kerana kebanyakan maahad tahfiz dan madrasah di Malaysia menanggung tanggungjawab penting demi tuntutan agama dan tradisi masyarakat negara ini.

“Banyak pihak kini meminta pihak berkuasa untuk menutup sekolah-sekolah tahfiz ini. Bagi pihak DAP tuntutan sedemikian adalah keterlaluan dan tidak wajar.

“Sesungguhnya, sistem persekolahan tradisi di seluruh alam nusantara seperti sekolah pondok, madrasah atau pesantren di Indonesia mempunyai sejarah yang lama dan masyhur dalam mendidik manusia menjadi insan yang beradab, bertanggungjawab dan berbudi pekerti luhur,” katanya dalam satu kenyataan media hari in

Justeru, Zairil berkata, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa serta pihak pengurusan sekolah tahfiz untuk memastikan keselamatan bangunan mereka khususnya yang diperbuat daripada kayu.

Beliau mencadangkan beberapa langkah yang wajar diambil seperti berikut:

1) Laluan keluar tambahan harus dibina pada bangunan bertingkat mengikut keperluan bomba.

2) Pengesan asap dan alat pemadam api harus disediakan.

3) Latihan kebakaran juga harus dibuat secara berkala.

4) Penyelenggaraan pengesan asap dan alat pemadam api harus dilakukan dengan sebaik-baiknya, dengan catatan rekod dalam buku log.

5) Sekiranya boleh, perancangan jangka masa panjang juga harus dibuat bagi menaiktaraf bangunan kayu kepada bangunan batu atau sekurang-kurangnya dengan membina dinding kebakaran untuk mengasingkan kelas dan bilik asrama. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yhmuD1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.