Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Ketika Bergambar
KUANTAN: Seorang pemuda maut setelah terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di Genting Highlands dekat sini, pada Sabtu dipercayai selepas memanjat tembok untuk mengambil gambar.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Mohamad Mansor Mohd Nor berkata dalam kejadian 2.50 petang itu, P. Kanesh Naidu, 20, maut serta-merta apabila terjatuh ke tingkat tujuh hotel berkenaan.
“Mangsa dipercayai memanjat tembok letak bunga di tingkat 16 di tempat letak kereta hotel itu, namun telah tergelincir.
“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan yang konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi,” katanya semasa dihubungi di sini.
Kanesh, yang berasal dari Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah restoran, datang ke pusat peranginan itu bersama-sama tiga rakannya.
Bagaimanapun, semasa kejadian semua rakannya masih berada di dalam kereta dan mangsa dipercayai keluar sendirian sebaik sahaja mereka tiba di kawasan tempat letak kereta itu.
Mohamad Mansor berkata siasatan awal mendapati kejadian itu tiada unsur jenayah. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wlwRs4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment