Tiada istilah makan malam
Biarpun berstatus isteri dan mempunyai anak, pelakon Mardiana Alwi, 29, tetap rajin membelai kulit mukanya.
Tidak hanya merawat muka di pusat kecantikan, dia gemar membuat eksperimen ramuan pelembap sendiri.
Mardiana akui wajah adalah aset penting sebagai selebriti dan dia sangat mengutamakan penjagaan kulit wajah.
Katanya, dia memang suka merawat kulit muka hingga setiap bulan pasti meluangkan masa berkunjung ke pusat kecantikan.
“Saya turut gemar membuat eksperimen ramuan pelembap sendiri. Contohnya saya menggunakan hirisan tomato, timun dan kunyit yang akan diletakkan pada seluruh muka sebagai pelembap semula jadi.
“Ia bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit muka termasuk menghilangkan segala jeragat dan bintik hitam pada wajah,” katanya.
Pelakon drama Isteri Tuan Ihsan ini juga suka mencari petua sesuai menjaga wajah menerusi Internet. Selain itu, dia juga mendapatkan pelbagai info petua menjaga kulit muka daripada buku dan majalah.
“Apapun, saya akan pastikan mencuci muka dengan bersih dan bebas mekap sebelum tidur setiap hari. Tidak ketinggalan, saya turut memastikan diri sentiasa rajin memakai topeng muka yang bagus untuk kulit,” katanya.
Mardiana berkata, penting buat dirinya sebagai pelakon untuk memastikan kulit wajah sentiasa cantik dan tampak sihat.
“Bagi penjagaan kulit muka, saya memang sanggup buat apa saja petua dikongsikan. Saya tidak takut mencuba kerana selalunya setiap petua yang saya cuba untuk penjagaan kulit wajah itu pasti memberikan hasil positif.
“Kulit muka saya tidak berminyak termasuk bebas jerawat. Jadi, apabila kulit muka tiada masalah, saya tidak memerlukan solekan tebal.
“Cukup sekadar mekap ringkas yang saya sendiri yakin mampu menampilkan keanggunan wajah,” katanya.
Mengenai penjagaan pemakanan, Mardiana berkata, dia pastikan makan nasi dalam kuantiti sedikit setiap hari.
“Saya tidak boleh tiada nasi. Jadi, nasi tetap akan dijamah setiap hari cuma kuantitinya sedikit dan tidak ada makan malam.
“Makan malam saya boleh dikata pada waktu petang. Malam sekadar aktiviti berehat dan menonton TV saja,” katanya.
Anak jati Johor ini juga akui dia perlu menjaga pemakanan hariannya kerana berhadapan masalah berat badan cepat naik.
Katanya, apabila berat badan naik secara automatik, dia akan berasa cepat letih termasuk muka menjadi sembab.
“Saya juga mengamalkan minum air suam segelas selepas bangun tidur. Ia saya lakukan setiap hari dan diamalkan sejak masih bersekolah lagi.
“Selain amalkan minum air suam, saya juga tidak mengelak air manis. Cuma biasanya saya akan minum air limau suam, milo tarik, teh limau dan jus buah-buahan.
“Pun begitu, saya juga pastikan tidak minum ais. Menjadi kebiasaan, saya hanya minum air manis yang suam,” katanya
Bagi fesyen pilihannya pula, Mardiana berkata, dia selesa memilih gaya penampilan ringkas tetapi feminin.
Katanya, pakaian yang sangat sesuai dan dirasakan selesa dipakai ialah padanan blaus dan seluar jean.
Bakal membintangi drama Cinta Untuk Nissa di RTM, kini Mardiana sibuk menjalani latihan untuk teater muzikal Bahara Emas arahan Rosminah Tahir yang akan dipentaskan pada 19 hingga 22 Oktober ini.
Barisan pelakon lain ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Esma Daniel, Farahdhiya, Izzue Islam dan Amar Asyraf.
The post Tiada istilah makan malam appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fcvVPC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment