Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lepas rindu menyanyi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lepas rindu menyanyi

Dua tahun tidak menyanyi kerana memberi tumpuan kepada keluarga dan perniagaan membuatkan Mila Jirin, 29, sangat rindu untuk beraksi di pentas.

Baru saja melahirkan anak pada 13 Mei lalu hasil perkahwinan dengan Isz Mustapha, Mila atau Norsyarmilla Jirin mengakui pembabitannya di pentas Akademi Fantasia (AF) Megastar, baru-baru ini, bagi melepas rindu selepas sekian lama tidak menyanyi.

Katanya, dia kembali bertanding di pentas AF Megastar bukan ingin mengejar hadiah lumayan yang ditawarkan kerana itu tidak pernah terfikir langsung olehnya.

“Saya nekad mencuba kerana terlalu merindui bidang nyanyian yang sudah ditinggalkan lebih dua tahun. Selepas mendirikan rumah tangga, saya fokus belajar selok-belok menguruskan perniagaan bersama suami.

“Ketika itu, impian saya bersama suami untuk sama berganding bahu memantapkan perniagaan yang kami bina,” katanya.

Apa pun, Mila yang juga juara AF5 dan dikenali melalui lagu Persis Mutiara, Jika Kau Ubah Fikiran dan Aku Lebih Tahu, tidak pernah melupakan bidang nyanyian.

Malah, suaminya yang juga pengurus Mila, tidak pernah menghalang dia untuk menyanyi.

Bagaimanapun, katanya, ketika itu tumpuannya lebih terarah kepada perniagaan.

Tapi kini perniagaan diusahakan bersama suami makin stabil dan Mila tiba-tiba terfikir mahu menyanyi semula untuk melepas rindu.

“Ditambah lagi saya masih ada peminat yang setia memberi sokongan dan kebanyakannya mahu saya menghasilkan lagu baru.

“Memang sudah lama saya tidak masuk studio merakamkan lagu hingga perasaan rindu itu membuak-buak.

“Cuma saya sedar penerimaan peminat muzik kini sudah tidak sama macam dulu iaitu ketika saya muncul juara AF5.

“Pada masa itu rasanya platform media sosial masih baru diperkenalkan dan belum menjadi tarikan utama peminat seperti sekarang.

“Kini, banyak perubahan yang berlaku dan rasanya saya perlu peka dan memahaminya lebih dulu. Termasuk, untuk rakaman lagu baru,” katanya.

Mila juga akui kebanyakan penyanyi baru sekarang lebih memberi tumpuan kepada platform media sosial dan mereka yang diberi perhatian pasti lagu dimuatkan di YouTube mencatat lebih satu juta tontonan.

“Kaedah pengaruh di laman sosial ini bagi saya satu ‘trend’ baru yang begitu dipraktikkan kebanyakan penyanyi untuk mengatur langkah membina karier seni,” katanya.

Kata Mila, dia kini berusaha mendapatkan lagu terbaik dan sesuai dengan vokalnya. Dengan izin dan restu suami, dia kini mengatur strategi untuk berbincang dengan beberapa komposer terkenal tanah air.

“Mana tahu mereka ada karya lagu sesuai untuk saya. Malah, saya juga bersedia untuk bekerjasama dengan komposer muda.

“Pada saya, paling utama harus mendapatkan lagu yang baik iaitu melodi sedap didengar dan lirik ‘catchy’ yang boleh menarik perhatian pendengar,” katanya.

Apa pun kata Mila, dia tidak mahu terburu-buru tampil dengan produk baru. Segala langkah untuk kemunculan semulanya itu diatur mengikut perancangan sebaiknya.

“Bagi saya, untuk mendapatkan lagu yang baik dan berkualiti perlu bersikap teliti ketika membuat pilihan. Apatah lagi semua perbelanjaan ditanggung sendiri,” katanya.

Mila juga sedikit pun tidak terkilan dan kecewa tidak terpilih untuk meneruskan saingan dalam AF Megastar untuk minggu ini.

Katanya, biarpun sudah mempersembahkan lagu Putus Terpaksa nyanyian asal Ziana Zain dengan sebaik mungkin mengikut cara sendiri, rahsia rezeki itu tetap milik Allah.

“Saya puas kerana sudah mencuba dan persembahan pada Konsert Homecoming AF Megastar minggu pertama itu juga mendapat maklum balas positif daripada peminat.

“Saya sangat bersyukur kerana persembahan tidak dikecam. Cuma, memang rezeki bukan milik saya,” katanya.

The post Lepas rindu menyanyi appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2frQHYn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.