Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyambung legasi irama tradisional - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyambung legasi irama tradisional

Lagu Melayu berentak asli dikenali dan dipersembahkan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 serta dijadikan selingan dalam persembahan teater bangsawan.

Kemudian sedikit demi sedikit rentak asli yang berentak perlahan dan mendayu berkembang hinggalah pada awal 2000, muncul pelbagai genre baru dikenali sebagai etnik kreatif.

Pun begitu, walaupun penyanyi lagu irama itu ramai, di pentas besar tidak ramai. Andai ada nama besar seperti Allahyarham Rosiah Chik, Allahyarham Abdullah Chik, Allahyarham Tan Sri SM Salim, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Datuk Ahmad Jais dan Datuk M Daud Kilau.

Kemudian muncul pula nama besar generasi baru seperti Datuk Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Asmidar, Ihab Ismail dan Azmir Arif.

Terbaru, generasi yang muncul melalui pentas realiti TV, 3 Juara dan Dangdut Star iaitu Azizul Haqim (juara kategori Irama Malaysia 3 Juara TV3), rakannya, Hasraniza Dollah (semi final 3 Juara TV3) dan Fitri Haswady (juara Dangdut Star Astro).

Kata Azizul, irama tradisional tidak pernah terkubur sebab Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKK) dan Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) selalu mengadakan program berkaitan.

Malah setiap kali acara, dewan sentiasa penuh dengan peminat irama itu yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, tua atau muda.

“Bezanya, penggiat irama itu tidak mendapat peluang muncul di TV atau radio. Itu saja. Seandainya peluang itu diberikan sama rata dengan genre muzik lain, mungkin tanggapan lagu etnik kreatif tiada pasaran dapat ditepis,” katanya.

Perkara itu turut dipersetujui dua rakannya yang menyifatkan penggerak lagu tradisional generasi baru wajar diberi peluang.

Irama itu pernah berada di tahap tertinggi lebih sedekad lalu apabila persembahan irama tradisional bukan saja sentiasa aktif di TV dan radio malah dipersembahkan di peringkat antarabangsa seperti di acara penutup dan pembukaan Sukan Komanwel 1998.

Azizul gembira apabila produksi 3 Juara memberi peluang itu tahun lalu. Ia sedikit sebanyak membuka mata masyarakat bahawa penggiat lagu irama tradisional masih ada pengganti.

“Acara lain seperti Pertandingan Bintang Asli, D’Academy Asia, Dangdut Star dan banyak lagi menampakkan kerancakan irama itu semula,” katanya.

Fitri pula menolak dakwaan usaha dilakukan generasi baru sepertinya satu perbuatan memenatkan. Telahnya, program anjuran RTM, JKKN dan Aswara banyak membantu mendekatkan diri mereka dengan pelapis muda lain.

Katanya, usaha itu tidak pernah berhenti dan istilah penat tidak pernah wujud dalam kamus hidup mereka.

“Kami tidak penat sebab disokong dengan minat yang mendalam. Bagi saya, penat itu subjektif dan penggiat irama ini masih aktif malah bertambah ramai.

“Peminat muda yang ditemui sering bertanya kenapa lagu ini tidak diputarkan di radio atau TV. Kami tiada jawapan sebab hal itu terletak pada stesen TV dan radio,” katanya.

Apa pun situasinya, mereka akan terus berkarya menghasilkan single baru. Azizul bakal tampil dengan single Pemimpi dan Hasra pula lagu Lazuli manakala Fitri dengan dua single berentak pop dan dangdut yang akan dipasarkan di Indonesia.

Bagi meraikan irama tradisi, Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) Aswara menganjurkan Malam Kemala Irama yang menghimpunkan tujuh penyanyi irama tradisional di Panggung Eksperimen, Aswara, Selasa ini.

Noraniza turut membuat persembahan dan pada sebelah petangnya berkongsi ilmu dan pengalamannya dalam bidang nyanyian lagu irama Malaysia.

Malam Kemala Irama menghimpunkan semua juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan sejak 2006 hingga 2014.

Pengisian persembahan dipecahkan kepada beberapa segmen antaranya tradisional asli, duo akustika, langgam, ciptaan baru, adu suara, eksperimental dan ‘tribute’ kepada Noraniza dan Allahyarham Rahim Jantan.

Penyanyi lain yang turut membuat persembahan ialah Edie Nazrin, Abby Sabiha dan Myra Rahim. Antara lagu yang bakal didendangkan adalah Patah Hati, Menahan Rindu, Zalikha, Dayang Senandung, Joget Sri Kaduk Junjung dan Manira.

The post Penyambung legasi irama tradisional appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yhAgFA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.