Hi! Welcome Back and Stay Tune! Banjir Langkawi: Air Masih Lepasi Tahap Bahaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Banjir Langkawi: Air Masih Lepasi Tahap Bahaya

LANGKAWI – Keadaan banjir di pulau ini masih belum menunjukkan akan surut apabila paras air yang dicatatkan di Sungai Kuala Melaka masih berada di atas tahap bahaya sehingga pukul 7.30 malam ini.

Maklumat dari Bilik Gerakan Pengurusan Bencana Daerah Langkawi menunjukkan bacaan terakhir yang dicatatkan adalah pada 3.58 meter, iaitu melebihi 0.18 meter dari paras bahaya 3.40 meter.

“Bacaan ini bagaimanapun menurun berbanding paras 3.79 meter yang dicatatkan oleh JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) pada pukul 6.14 petang tadi,” kata seorang jurucakap di bilik gerakan itu.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Isahak Murat berkata episod banjir yang berlaku sejak kelmarin boleh berakhir sekiranya paras air menurun pada paras biasa iaitu 3.19 meter.

Keadaan hujan berterusan kelmarin telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman dan jalan raya di pulau ini dinaiki air sehingga 1.5 meter pada kemuncak insiden banjir itu namun beransur surut pada sebelah petangnya.

Dalam pada itu, Bernama diberitahu seramai 112 orang lagi mangsa banjir didaftarkan di dua pusat pemindahan di sini sehingga pukul 6.00 petang tadi, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 285 orang.

Daripada jumlah ini, seramai 175 orang mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang manakala 110 orang lagi di pusat pemindahan Dewan Kampung Raja, Padang Matsirat.

Selain Jabatan Kebajikan Masyarakat, pelbagai pertubuhan dan syarikat swasta di sini juga telah tampil untuk menghulurkan bantuan berupa makanan dan keperluan harian kepada mangsa-mangsa di pusat-pusat pemindahan ini. – Bernama

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ygInlX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.