Mat Taib Kembali Ke Pangkuan UMNO – PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa bekas naib presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib kembali ke pangkuan parti itu.
Perkembangan terbaharu dalam parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu diumumkan perdana menteri yang juga Presiden UMNO pada sidang media khas di ibu pejabat UMNO di sini, hari ini.
“Tan Sri Muhammad Muhamad Taib sedar perjuangan parti pembangkang khususnya PKR sia-sia,” kata Najib sambil menjelaskan Muhammad turut berikrar untuk bersama-sama menjamin kejayaan UMNO.
Perdana menteri berkata beliau yakin kepulangan Muhammad dapat mengukuhkan lagi UMNO.
Najib berkata bekas Menteri Besar Selangor itu telah berikrar untuk berjuang bersama-sama parti bagi menjamin kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Ditanya sama ada Muhammad akan diberikan sebarang jawatan parti khususnya di Selangor, beliau berkata ia akan dibincangkan kemudian.
“Beliau kembali semula (kepada UMNO) dengan keikhlasan tanpa apa-apa tuntutan jawatan pada kita. Niatnya ikhlas semata-mata kerana perjuangan,” kata Najib.
Muhammad keluar UMNO dan menyertai PAS pada April 2013 sebelum menyertai PKR pada September 2015.
Mengenai kemungkinan pemimpin pembangkang lain menyertai UMNO, Najib berkata “yang itu tunggu dahulu”.
Beliau berkata pembangkang khususnya Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seolah-olah dilanda ribut dengan beberapa pemimpin utamanya mengumumkan keluar parti.
Semalam, Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman dan Anina Saadudin yang juga antara pengasas PPBM, mengumumkan keluar dari parti itu. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y6YBgo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment