Bomba Bantu Murid Terperangkap Dalam Kebun
KUCHING – Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Betong membantu mengeluarkan dua orang murid daripada kebun keluarga mereka di Nanga Sekulam yang dinaiki air pagi tadi.
Kedua-dua murid perempuan itu dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Entaban dipercayai bermalam di kebun tersebut sejak semalam.
“Pihak sekolah memang tahu kadang kala mereka berdua bersama ahli keluarga mereka akan bermalam di pondok di kebun itu (jika tidak pulang ke rumah di Kampung Mujan).
“Pagi tadi hujan agak lebat, saya kemudian menghubungi ibu kanak- kanak tersebut sebelum dimaklumkan anak-anaknya tidak dapat ke asrama kerana jalan di kebun mereka dinaiki air akibat hujan lebat,” kata Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Nanga Entaban, Florida Lingoh ketika dihubungi.
Beliau berkata beliau kemudian menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan bagi membawa semula dua adik-beradik itu ke asrama mereka. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wU8T4j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment