Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zakaria Akan Ketahui Nasibnya Hari Ini Hasil Siasatan Dalaman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zakaria Akan Ketahui Nasibnya Hari Ini Hasil Siasatan Dalaman

KUALA LUMPUR – Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad yang kini bercuti susulan siasatan dalaman, akan mengetahui nasibnya hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas pusingan akhir siasatan itu, Zakaria berkata beliau difahamkan lembaga pengarah FGV akan bermesyuarat hari ini untuk membuat keputusan.

Beliau berkata siasatan itu yang membabitkan urusan antara anak syarikat FGV Delima Oil Products Sdn Bhd dan rakan perniagaannya Safitex Trading LLC, berlangsung selama empat jam.

“Saya harap semuanya berjalan dengan baik. Saya tidak mahu ‘mengulas’ (mengenai keputusan). Saya serahkan kepada kebijaksanaan lembaga pengarah, termasuk pengerusi baharu, untuk menilai kes ini,” katanya.

Pengerusi baharu FGV Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang memulakan tugas hari ini, mengadakan mesyuarat pertamanya bersama pegawai pengurusan kanan pagi tadi, dan dijadualkan mengadakan mesyuarat oengurusan pada sebelah petang.

Zakaria berkata beliau tidak dapat bertemu Azhar disebabkan jadual ketat pengerusi berkenaan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wTNMPH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.