Hi! Welcome Back and Stay Tune! Carney: Kami Akan Cuba Sedaya Upaya Menjayakan Ekonomi Selepas Brexit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Carney: Kami Akan Cuba Sedaya Upaya Menjayakan Ekonomi Selepas Brexit

Mark Carney hari ini berjanji bahawa bank pusat akan membuat apa sahaja bagi memastikan kejayaan Brexit. Tetapi Carney memberi isyarat bahawa mereka akan menentang senario “tiada perjanjian” di mana Britain meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian.

Carney juga memberi amaran bahawa mereka bersedia menaikkan kadar faedah untuk menyerap masalah dalam pasaran pinjaman yang boleh menyebabkan berulangnya krisis kewangan.

Apabila ditanya sama ada beliau optimis terhadap masa hadapan Britain selepas Brexit, Mark Carney berkata “kami mengambil berat tentang hal ini”. Tambah beliau lagi, “kami akan buat apa saja untuk menjayakan ekonomi selepas Brexit”.

“Dari perspektif bank pusat, kami akan memastikan sistem kewangan bersedia untuk perkara itu dan sedang berusaha bekerjasama dengan rakan-rakan Eropah yang lain di masa hadapan.”

Carney juga memberi amaran bahawa pinjaman bank adalah berlebihan dengan hutang peribadi naik ke paras 10 peratus.

“Apa yang kami bimbangkan adalah risiko dalam hutang pengguna termasuk hutang kad kredit, hutang kereta dan pinjaman peribadi.”

“Mereka telah mengambil terlalu banyak kredit, dan kami bimbang ia akan menjadi pinjaman yang tidak baik. Kami ada unjuran atau kebarangkalian perkara ini sedang meningkat.”

Gabenor Carney juga berkata kadar faedah sedia dinaikkan dalam masa terdekat, tetapi menegaskan ia akan menjadi satu kenaikan yang terhad dan beransur-ansur.

The post Carney: Kami Akan Cuba Sedaya Upaya Menjayakan Ekonomi Selepas Brexit appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yy4Qub

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.