Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maya Karin Sudah Bosan Hidup Glamor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maya Karin Sudah Bosan Hidup Glamor

PELAKON Maya Karin mendedahkan dia jarang membuat kemunculan pada acara hiburan kerana sudah berasa bosan dengan kehidupan dunia glamor sebagai selebriti.

Jelas aktres berusia 37 tahun ini, hidup dalam glamor langsung tidak melambangkan siapa dirinya yang sebenar dan dia merasakan ia satu bebanan memandangkan dia adalah seorang yang ringkas dan gemarkan aktiviti lasak.

“Pada sesetengah orang bangun pagi dan bersiap untuk kelihatan cantik adalah perkara menyeronokkan tetapi pada saya ia macam terpaksa.

“Saya sebenarnya bosan dengan glamor kerana saya lebih gemar lepak di kedai mamak, berkebun atau melakukan aktiviti lasak tanpa perlu saya kelihatan cantik pun!

“Pendek kata saya lebih gemar menjalani kehidupan biasa seperti orang lain walaupun saya adalah selebriti,” katanya.

Tambah Maya, akibat daripada sikapnya itu, pihak penganjur juga sudah tidak lagi menjemputnya hadir ke acara dianjurkan mereka.

“Dulu memang banyak jemputan untuk pelbagai acara tetapi kerana sudah banyak kali saya tolak mereka pun sudah bosan.

“Sekarang tidak ada jemputan mungkin kerana mereka dah malas nak jemput saya,” katanya.
Sementara itu, Maya berkata, dia teruja dapat menjayakan teater Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka walaupun berdebar akan memainkan watak bangsawan.

Kata Maya, dia juga mengambil peluang itu untuk mengenali lebih dekat budaya dan sejarah Melayu dalam dirinya.

“Teater bangsawan memang berbeza daripada pementasan biasa kerana ia menggunakan bahasa yang berbunga selain ada pantun jadi saya kenal hafal betul-betul setiap dialog.

“Saya juga ambil peluang ini untuk mendalami budaya dan sejarah Melayu dalam diri saya dan walaupun berdebar tetapi saya cukup teruja,” katanya.

Selain Maya teater arahan Lokman Ghani itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Ashraf Muslim, Ebby Yus dan Isma Halil Hamzah.

Ia bakal dipentaskan di Panggung Bangsawan Melaka pada 20 dan 21 Oktober depan pada pukul 8 malam.

Dalam perkembangan lain, Maya memberitahu dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran dua buah filem iaitu Munafik 2 dan Olympic Dream.

Selain itu, dia juga sedang dalam proses rakaman lagu duet bersama penyanyi dan komposer Awi Rafael yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Tiket bagi menyaksikan Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka berharga RM50 hingga RM150 boleh didapati di Pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka atau menghubungi talian 06-2346617 / 012-3670281 (Fuzah) / 016-6009282 (Jaja).

The post Maya Karin Sudah Bosan Hidup Glamor appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2woxJbs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.