Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kertas soalan UPKK hilang, tindakan tegas akan diambil - Idris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kertas soalan UPKK hilang, tindakan tegas akan diambil - Idris

MELAKA: Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kehilangan kertas soalan bagi tiga subjek Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) berikutan kejadian pecah masuk di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata pihaknya telah mengarahkan JAIM dan agensi terlibat mengadakan siasatan terperinci berkenaan perkara itu, serta akan mengambil tindakan tegas selepas siasatan selesai.

Beliau berkata kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku dalam usaha semua pihak termasuk kerajaan negeri Melaka dan JAIM membina nilai-nilai Islam tinggi dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda.

"Kejadian seperti ini mencemarkan imej Islam yang kita susah payah bina, saya sudah sebut sebelum ini akhlak dan tingkah laku anak-anak kita perlu contoh teladan yang baik tetapi dalam kes ini saya percaya orang yang lakukan berdekatan dengan JAIM.

"Sepatutnya Islam itu anjurkan kita ikut peraturan tetapi ini hendak lulus periksa tidak mahu ikut peraturan, inikah yang kita nak anak-anak kita lihat dan ikut jadi teladan," katanya selepas menghadiri Program Ziarah Kasih di Sungai Udang di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha dalam kenyataan hari ini berkata jadual bagi UPKK tahun 2017 disusun semula berikutan kejadian tersebut.

Idris berkata JAIM perlu mengadaptasi prosedur simpanan kertas soalan oleh Kementerian Pendidikan yang mempunyai proses yang begitu terperinci dan sukar ditembusi, dalam usaha mengelak kejadian sama berulang.

"JAIM mesti adaptasi sulit, persendirian dan kerahsiaan yang ketat dalam keselamatan kertas soalan itu, ini cukup penting kekalkan integriti dan kebolehpercayaan semua pihak," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kejadian itu tidak memberi kesan yang besar terhadap pelajar dan pihak lain yang terlibat.

"Tetapi kejadian seperti ini menyusahkan pelajar, ibu bapa dan agensi terlibat kerana itu perlu tindakan tegas dilakukan," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Kertas soalan UPKK hilang, tindakan tegas akan diambil - Idris

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wnlNGV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.