Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hidup Di Dalam Surga Karyawan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hidup Di Dalam Surga Karyawan

Di dalam dunia yang ideal, seorang karyawan hidupnya hanya diabdikan untuk berkarya; duduk mengarang sonet & lagu serta melukis permandangan indah atau figur bidadari separa bogel di bawah pohon menghijau di atas bukit, ditemani malaikat biru yang digelarnya sebagai ‘Muse-ku’, yang bertenggek dari satu bahu ke sebelah bahu yang lain, membisikkan perkataan dan melagukan melodi pendek secara rawak. Pendek katanya, dia hidup di dalam syurga. Surga Karyawan.

Namun realitinya tidak begitu. Dia harus hidup seperti orang kebanyakan. Bekerja seperti orang kebanyakan. Makan dan minum seperti orang kebanyakan. Bermain seperti orang kebanyakan. Berkeluarga seperti orang kebanyakan. Dibebani hutang seperti orang kebanyakan. Dicemuh & dipuji seperti orang kebanyakan. Dilanda kecelakaan seperti penyakit dan wabak seperti orang kebanyakan. Mati seperti orang kebanyakan.

Di dalam dunia realiti, karyawan hanyalah sekadar individu dalam kebanyakan manusia. Tidak ada ‘Surga Karyawan’ di sini. Tidak ada Muse yang membisik di telinga. Hanya tujah kegelisahan & desak perjuangan untuk terus hidup. Dia hanya manusia mortal.

Namun begitu, ini semua bukanlah alasan untuk membunuh semua rasa dan gelodak untuk bekarya, malahan ianya merupakan sumber ilham yang paling bernilai. Semua kegelisahan, penderitaan dan keterasingan hidup ini. Di dalamnya ada sebotol posyen sakti untuk dituangkan, lantas menukarkan kehitaman menjadi warna-warni, dan kekosongan menjadi satu dunia baru.

Tidak yakin lagi?

Beethoven menggubah Simfoni no. 9 yang agung itu di dalam keadaan dirinya pekak. Wagner mengarang libretto & muzik Tristan und Isolde ketika dirinya dalam depresi dan beban hutang yang menimbun. Borges mengarang Labyrinths di dalam keadaan hampir buta. Kafka mengarang Metamorfosis diselang kerja-kerja pejabat awam yang membosankan. Van Gogh menghasilkan The Starry Night di dalam wad hospital gila. Nietszche mengarang Thus Spoke Zarathustra dalam derita sakit siflis.

Jadi apa alasanmu untuk tidak berkarya di sebalik semua kesusahan itu?

Hadi Jaafar



Sumber Hidup Di Dalam Surga Karyawan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fvS1cd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.