Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tian Chua bawa Quran, Bible, Gita ke penjara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tian Chua bawa Quran, Bible, Gita ke penjara

Malaysiakini 29/9/17

Susulan tindakan mengejutnya menarik balik rayuan pagi ini, naib presiden PKR Tian Chua perlu menjalani hukuman penjara selama sebulan.
Menurut peguamnya, N Surendran, Ahli Parlimen Batu itu menggunakan masa itu dengan mengkaji kitab-kitab agama serta mempelajari bahasa Sanskrit dan Latin.
Gambar yang dibekalkan oleh peguamnya menunjukkan empat kitab - Quran, Bible, Bhagavad-Gita dan satu lagi yang judulnya tidak dapat dilihat.

"Tian Chua beritahu beliau akan membawa buku-buku ini dan membacanya semasa dalam penjara. Namun, dia tidak berkata banyak, terutama mengapa dia memilih buku-buku ini.
"Dia ada beritahu saya rancangannya untuk belajar bahasa, termasuk bahasa Latin dan Sanskrit," katanya.

Surendan juga berkata Tian Chua tidak nampak gusar mengenai akan dikurung selama beberapa minggu.
"Dia kelihatan ceria, dia sedang berbual dengan kami tentang pelbagai perkara sambil menunggu van penjara tiba," katanya.

Surendran, yang juga Ahli Parlimen PKR, mendedahkan bahawa Tian Chua juga berjanji untuk melaksanakan tugasnya sebagai ahli parlimen yang dipilih walaupun dari dalam penjara.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2won5Bk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.