Hi! Welcome Back and Stay Tune! Data Inflasi Pilihan The Fed Meleset Daripada Jangkaan Pasaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Data Inflasi Pilihan The Fed Meleset Daripada Jangkaan Pasaran

Perbelanjaan pengguna U.S meningkat seperti jangkaan pada bulan Ogos, manakala ‘perbelanjaan penggunaan peribadi teras’ (core-PCE) meleset daripada jangkaan berdasarkan data yang dikeluarkan pada Jumaat.

PCE (personal consumption expenditure) adalah perbelanjaan penggunaan peribadi yang merupakan salah satu daripada data inflasi. Data ini adalah data yang dikatakan sebagai data inflasi pilihan utama The Fed.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, Jabatan Perdagangan menyatakan perbelanjaan peribadi meningkat 0.1% pada bulan Ogos seperti yang dijangka namun jatuh daripada bacaan 0.3% yang dicatat sebelum itu.

Perbelanjaan pengguna merupakan sumber hasil kepada pertumbuhan ekonomi U.S yang mewakili hampir 70% daripada ekonomi Amerika Syarikat.

Pendapatan individu (personal income) pula mencatat peningkatan sebanyak 0.2% pada bulan Ogos seperti yang dijangkakan berbanding bulan sebelumnya yang menikmati peningkatan 0.3% selepas kajian semula.

Manakala Indeks harga teras bulan ke bulan (core-PCE) meningkat 0.1% pada bulan Ogos berbanding bulan sebelumnya, namun peningkatan ini dibawah sasaran yang menjangkakan peningkatan 0.2%.

Indek harga teras tahunan (core-PCE) meningkat sebanyak 1.3% pada bulan Ogos, sedikit tersasar daripada jangkaan 1.4% yang yang dicatat sebelum itu.

Laporan ini juga menunjukkan data penggunaan peribadi benar (real personal consumption) jatuh 0.1% pada Ogos yang mana kurang daripada jangkaan penyusutan 0.2%.

The post Data Inflasi Pilihan The Fed Meleset Daripada Jangkaan Pasaran appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xDS5S5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.