“Peduli Apa, Gelaran Datuk Bukan Kami Beli”
Bila nampak saja satu pihak berada satu tahap berbeza sikit, habis jadi kecaman. Itulah apa yang terjadi kepada pelakon Afdlin Shauki yang telah dikurniakan gelaran Datuk daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Selasa lalu.
BACA: Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Sikap Afdlin Shauki
“Assalammualaikum. Lewat malam ini aku berfikir, masih rasa macam dalam alam mimpi. Tak pernah berlaku dalam sejarah industri hiburan ini apa yang berlaku pada kami. Tak sangka yang empat orang sahabat, satu angkatan dapat mencapai kurnia ini sewaktu kami semua masih hidup”
“I am so proud of my brothers. Peduli apa orang nak kata. Baju itu memang kami beli tapi kurnia kami tidak. Kurnia ini bukan kami cari,” luah Afdlin menerusi akaun laman sosialnya.
Tambah Afdlin, dia sebagai insan seni sudah melakukan yang terbaik bukan saja untuk industri malah untuk keluarga dan juga masyarakat.
“Hanya Allah saja tahu apa yang kita sudah buat dengan bakat, tenaga dan harta kami selama ini. Kini kami masih berusaha, belajar dan memberi manfaat,” katanya. Buat Afdlin, moga terus tabah menghadapi dugaan dan kecaman daripada pihak yang tidak boleh lihat orang lain berjaya. (rtky/s)
Video panas artis Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xKUjxV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment