Neelofa, Duta Pertama Berhijab Lancome
Tahniah buat pelakon dan pengacara cantik, Neelofa yang semakin hari semkain melebar sayapnya. Buat pertama kali, Neelofa menjadi duta bagi jenama antarabangsa, Lancome.
Apa yang lebih menarik ialah, Neelofa merupakan rakyat malaysia yang pertama dilantik menjadi duta. Malah, Neelofa juga merupakan wanita hijab pertama yang diangkat menjadi duta Lancome.
Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Neelofa, dilihat dia ada memuatnaik beberapa gambar dan video menunjukkan dia sedang melakukan pengambaraan bersama jenama terkenal itu.
Dalam pada itu, dia juga berkata ini pengalaman yang cukup menakjubkan dan tidak pernah termimpi untuk menjadi duta Lancome.
Menurut gadis kelahiran Kelantan itu lagi, dia amat terharu dan bersyukur dengan pelantikan itu lebih-lebih lagi dia peminat jenama antarabangsa itu.
Selain itu, Neelofa juga turut menjadi jenama antarabangsa Swarovski dan pernah dipilih sebagai jurucakap jenama itu untuk produk La Nuit Tresor pada 2015.
Dikhabarkan Neelofa bakal bertolak ke Paris, Perancis untuk memenuhi tuntutan kerjayanya sebagai duta.
Ruangan komen di instagram Neelofa juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 5 juta pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat pengasas tudung Naelofar Hijab itu.
Wow, bukan calang-calang orang Neelofa sekarang ni. Kakigosip turut berbangga dengan kejayaan Neelofa. Tidak hairan suatu hari nanti wajah Neelofa bakal memenuhi jenama antarabangsa yang lain.
The post Neelofa, Duta Pertama Berhijab Lancome appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fuZMio
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment